Tuesday 28 January 2014

Pantang bersalin ni baper hari benornya?...

Assalamualaikum Warahmatullah,

Asyik mengira hari je orang dalam pantang ni. Aku ler tu. Haha. Masa awal2 pantang takda nak mengisah sangat. Asal orang tanya "dah baper hari Su?.." Mula la aku belek jari nak mengira. Nak congak pon kemain lembab memori lepas bersalin ni.

Orang melayu kita ada banyak versi berapa hari patut berpantang. Paling minimum rasanya 40 hari. Lepas tu ada yang kata 44 hari. Ada yang tetapkan 60 hari sama macam cuti bersalin orang kerja. Paling lama yang normal aku dengar adalah 100 hari. Yang tak normal, maybe lebih lagi kot. haha. Takpa. Yang penting, tak ada undang2 yang kata WAJIB pantang bersalin sekian2 hari.

So, secara teori nya aku ni dah lepas pantang paling minimum iaitu 40 hari. Perasaan?...seronok wehhhhh. Cam dapat lesen besar gitu. Lesen ngulauuuuuu pantang. haha. Tapi secara teori je lah gitu. Pantang tetap kena terus kan jua macam biasa, tak boleh drastik sangat stop pantang. Badan kita, tahu lah kita camno bahasa nya, yer dak?

Hari ke-40 pantang, aku celebrate dengan sakit bengkak susu. Terbaik lah. huhu. Seharian menahan sakit, sampai seram sejuk satu badan. Risau takut BENTAN. Demam urat. Jangan memain bengkak susu ni.

Macam2 petua ada untuk hilangkan sakit bengkak susu ni. Guna kobis dan guna sikat adalah yang paling ortodoks (tapi tak mustahil berkesan...) Selain itu, boleh tuam dengan air suam sambil urut pelan2. Aku ada gak sapu minyak Herbanika NR. Tapi kena pastikan tak terkena part nipple dan kena lapik part berminyak tu bila nak menyusu baby. Pahtu kena kerap nyusu kan baby supaya flow abih keluar. At the meantime, pam susu gak. Bengkak susu ni kalau tak dicegah awal boleh menyebabkan mastitis. Susu dah mengeras dalam salur tak boleh keluar. Kalau keluar pon susu berbentuk cam nasi or paling worst just nanah or darah. Finally its need an operation. Takmo lah sampai jadi gitu kan?

4 comments:

  1. ms ank kedua pernah bengkak susu...sakit...ms kena tu tgh attend kursus di kl..hr ke60++ gitulah...sampai demm...blk kelantan terus gi urut...br lega...tp ms diurut tu tuhan saje lah tahu betapa sakitnya...
    lps tu tiap2 hr letak kubis dlm baju...serik dh klu blh.tkmau kena dah...
    tempoh pantang tu klu ore klate ni 40hr jah...yg 60 / 100 tu rsnya pnth air batu, bersama suami, angkat benda berat...yg biasa2 dh tk pyh pantang lg dah...setahu bie lah...hehe kot ada versi laib tktahu lah.

    ReplyDelete
  2. Letak kubis tu katanya mmg berkesan. Belum sempat cuba lg.
    Tu lah byk versi org kata. Asal selesa kat diri masing2 ok lah kot nak follow yang mana satu. haha.

    ReplyDelete
  3. pantang aku 44 hari je
    pantang satu lagi tu, anak pertama 100 hari
    no 2 dan 3 x sampai 100
    80 hari je kothihi

    ReplyDelete