Tuesday 11 February 2014

Menu Pantang Bersalin

Assalamualaikum warahmatullah

Bersalin kali ke 4 ni aku lebih terbuka tentang menu dan masakan dalam pantang. Kalau dulu main ikut je seakan satu kewajipan untuk mematuhi adat berpantang yang katanya turun temurun keluarga. Pilihan agak terhad dengan itu ini tak boleh makan atau minum, tanpa alasan kukuh pon ada. Tingat cite MIL psl kisah dia berpantang dulu2. Siap kena kuarantin kat tempat berdiang, dapur adalah kawasan larangan takut ada kes curi makan minum sembarangan. Segala makan minum cuma apa yang dihulur bagi oleh nenek. Tak ada pilihan apatah lagi nak membantah walau hari2 kena ngadap menu yang sama. Orang berpantang dilayan umpama tahanan dengan 1001 pantang larang atas nama nak sihat cepat.

Tapi Memang bagus pon semua adat berpantang tu sebab mengajar kita disiplin jaga makan minum ketika badan masih lemah kesan bersalin. Cuma aku percaya masih ada ruang untuk penambaikan sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan bidang perubatan. Selebihnya terpulang pada body kita samada rasi ke tidak dengan pilihan kita buat tu.

Penting utk kita alert body sign bila termakan makanan yang tak rasi sepanjang tempoh berpantang. Body sign ni cth nya rasa kembung perut, sakit menyucuk bhgn ari2 (peranakan) dan alat sulit, rasa sengal seram sejuk, gatal di bhgn luka atau berjahit jika ada. Jika timbul tanda sebegini, kena lah avoid punca makanan tersebut. Degil juga, boleh jadi bentan dibuatnya, jangan memain.

Selain tu, kesan pemakanan pada baby pon kena ambil kira juga. Terutama bila kita fully breastfeed baby. Kadang dgn mak OK, tapi baby tak OK. Kembung perut, cirit birit atau sembelit.

Minggu pertama dan kedua berpantang, aku strictly ambil lauk ikan saja. Walau orang kata boleh je ambil lauk ayam, daging. Takpa lah. Cukup ikan saja for me. Ikan selar, haruan, senangin, siakap, merah, bawal emas antara ikan yg salu di beli my cik abe. Masak nya cuma bakar, singgang, sup, rebus dan stim.

Sayur nya pulak balik2 dok ulang sayur sawi dan peria. Dah itu je cik laki beli, makan tanpa byk songeh. Haha. Sawi tumis air. Sup sawi campur kentang. Peria celur cicah sambal tumbuk lada hitam halia. Sup peria pon sedap. Sayur memang banyak kena amik sbg serat dan senang lawas untuk elak sembelit.

Most of time memang aku masak sendiri my menu pantang. Dah nama pantang sendiri kan. hehe. Menu simple2 je yang mampu. Bahan pon tak byk nk prepare, msk pon kejap je siap. Kadang Cik Abe buat stok bhn masak sesiap mana yg salu dan byk guna tu mcm bwg putih, halia, lada hitam/putih tumbuk dan kunyit hidup. Masak sekali je sehari time lunch.




Masuk minggu ke 2 dh mula heaven sikit menu bila dah boleh stat mkn ayam dan daging. Sesekali buat lamb grill with blackpepper sauce.








Sesekali cemuh mkn nasi aku buat gak bubur nasi, mihun sup or pasta goreng. Mee tak berani nak makan sebab pernah ada pengalaman dulu bila makan mee rasa menyucuk bisa bahagian bawah. hehe.







Untuk breakfast dan tea time most of time makan roti or biskut. Roti biskut pon nak yg sedap je. Roti Butterscotch la, biskut munchys oat hazelnut la. Haha. Tapi paling peberet, Roti mil gandum buat roti bakar tabur gula, sedappp.





Breasfeeding memang manjang buat rasa lapar je. Takkan nk tibai nasi or roti/biskut je kan sokmo. So kudap lah buah. Buah delima dan epal merah mmg stok wajib ada. Ada yang kata buah oren pon bagus, tapi tak rasi pulak dgn aku dan baby.



Pendek kata, memang happening je bab makan pantang kali ini. Masih ikut guideline list menu pantang cuma di olah supaya tak jemu. Guideline ni nnti aku tepek lenkali lah as rujukan bersama. Ewahhhh.

5 comments:

  1. betul tu, boleh makan tp kalau sakit tanggung sdiri ;)
    anak pertama mak jaga
    adoi..nanges aku makan lauk ikan salai hari2
    air xleh minum banyak
    smpi sembelit
    anak no 2 dan 3 pandai2lah nak hidup

    ReplyDelete
  2. Sama lah kita...pntg masak.sendiri...tp kali menu pelbagai skit...takde lah jemu sgt nk mkn...
    Psl phytinatal tu..sy amik 2 biji sehari mak oiii...mmg 2 3 kl juga masuk tandas semln try amik sebiji ok takde memulas perut...baby pun ok...klu blh nk tanya sue juga ok ke tak mcm tu...blh bg no wasap tak?

    ReplyDelete
  3. As Salam Irfa & Bee,

    Irfa...haha...aku pon ada pengalaman gitu wehhhh. MIL yang jaga pulak tu, takut nak bantah. Sembelit tu memang ada, sbb kurang minum air dan kurang mkn sayur. Dah gitu pesen nya depa ckp, main ikut je.

    Bee...haaaa...tu la psl saya amik 1 biji je sehari awal2 pantang sampai 40 ari. Now amik 2 biji sehari, pahtu tgok lawas kemain, so amik selang sehari. Mmg kesan nya gitu. Tp jgn pulak rasa memulas je tapi sampai sudah takmo membuang or payah gak memerut, naya tu. Ada yg gitu tau, ikut body masing2 la tu.

    Apa2 leh PM thru FB. FB cam nama kat sidebar tu.

    ReplyDelete
  4. salam..hai..seronok baca menu berpantang sis..saya pun tengah berpantang ni.anak ke 3..memang dah lari n tak rigid macam pantang anak first..tambah-tambah bila pantang kt rumah sendiri..hehe..

    ReplyDelete
  5. Eh.. biskut oat hazelnut bo!eh ke mkn? Kacang kannn?? Sy tgh pantang anak first. Da 8 hari da. Betul ke leh mkn biskut tu. Asyik lapar je skrg. X tau nk makan apa yg ringan2.

    ReplyDelete