WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI
Wahai Ali,
Bagi orang Mukmin ada tiga tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesong dengan pujuk rayu wanita
Benci kepada perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda-tandanya
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam yang haram
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur ada tiga tanda-tandanya
Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsikan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda-tandanya
Mengawasi dirinya
Menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH S.W.T
No comments:
Post a Comment