Mungkin sekadar kebetulan, memilih Oktober sebagai permulaan lembaran baru dalam hidup sebagai seorang 'blogger'. Hanya menambah catatan di bulan Oktober yg selama ini hanya di kenang sekadar bulan ulangtahun menjadi 'kulikutif' di sebuah syarikat picisan. Walaupun hanya berstatus picisan, selama 11 tahun ini mampu juga memberi sebuah kehidupan bermakna pada diri. Alhamdulillah.
Memulakan kerjaya di sini bersama status bujang, mungkin kini sekurang nya ada kemajuan peribadi - menyandang status IBU kepada 3 org anak dara. Belum kira anak teruna lagi tu, moga di murah rezeki lg lah di kemudian hari untuk memiliki sang teruna pulak. Aminnnn.
Note : Oktober jua bulan kelahiran anak dara paling bongsu - AUNI MADIHAH.
No comments:
Post a Comment