Thursday 3 November 2011

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan




10 Sebab Doa Tidak Di Kabulkan


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :

"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :
"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !". 

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

  • Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
  • Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
  • Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
  • Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
  • Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
  • Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
  • Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
  • Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  • Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

2 comments:

  1. salam awak..'
    tq sudi singgah dan komen kat blog kita.

    ReplyDelete
  2. Most welcome Mama Irfan. Salam perkenalan dr K.su..

    ReplyDelete