Thursday 3 November 2011

Bunga Anggerik Liar

Pagi tadi sempat menjengah seketika ke yard belakang rumah. Pokok2 di Taman Astakona kelihatan subur menghijau dek hujan yg selalu turun hampir setiap hari la ni. Paling menarik perhatian, kelibat bunga orkid liar.
Cantik sungguh walaupun asal pokoknya aku kutip cuma di tepi jalan semasa trip ke Cameron Highland masa raya Tahun Baru Cina bln 02/2011 ari tu. Kalau pelawat lain lebih teruja dgn bunga2 yg di jual di kedai2 sekitar CH, tp kami lebih gemar mencari sesuatu yg lain. Utk rekod, masa tu demam SETH TAN belum ada lg. hehe. kalau tak, mau jugak ku pujuk2 my cik abe borong fresh flower penuh bonet keta!!!

Pokok ni my cik abe ambil semasa skodeng pokok senduduk kecintaan dia. Lain di cari, lain pulak yg jumpa. Gigih dia korek tanah nak amik pokok orkid ni sbb tunjang akar nya jauh ke dalam. Pokok ni mmg byk terdapat di sepanjang jalan ke Cameron Highland tu kalau ada yg pasan. Cuma maybe org lain takda lah teruja mcm kami dgn bunga2 'marhaen' tepi jalan gitu.


Ni kira musim bunga pertama nya sejak kami bwk balik pokok ni. Ada lg byk kudup2 yg bakal mekar nanti.

No comments:

Post a Comment