Friday 18 November 2011

Gelora Terdiam

Sedikit ke'bizi'an kebelakangan ini dgn urusan kerja dan juga peribadi yg agak luarbiasa. Mungkin sekadar 'hadiah' ujian menjelang usia baru agaknya. Apa hal pon, syukur pada Allah, masih berpeluang utk menjadi insan yang tidak larut dgn permainan duniawi. OK, cukup lah mukadimahnya, karang lg pjg tulis lg byk terbongkar. Hehe.

Utk rekod, ini adalah entry pertama secara langsung terus di publish, previous entry adalah entry terjadual. Huhu. Hari ni sedikit lega dgn beban yg tergalas, sempat hiburkan hati dgn geng2 Kelab Isteri tercinta menjamu selera di restoran Seoul Garden. Seronok ber'bbq' sambil berborak.


Tajuk entry hanya meminjam headline berita sukan Harian Metro hari ini saja, sempena kemenangan pasukan bola sepak harimau malaya kita berjaya menentang Indonesia 1-0 mlm td. Yer, aku jua sempat menikmati saat 'gelora terdiam' tu pada minit ke 17 saat gol Indonesia di bolosi oleh tendangan hebat pemain kita. Seakan lenyap seketika semua EGO tuan rumah di stadium Gelora Bung Karno tu. Puas hati. Hehe.

No comments:

Post a Comment