Wednesday 16 November 2011

Cek Mek Molek

Aku cuma nk cite psl KUIH cek mek molek saja, bukan cek mek hat molek. Hehe.


Gambar lama ni. Masa nak raya Puasa hari tu, time berbuka ramai2 di hari terakhir ramadan di rumah kat kg. Ni kes sendiri tingin, sendiri bikin. Haha. Agak lulus mek kata. Sebab ada sesetangah tu aku buat air gulanya meleleh kuar - FAILED. Mek ni tokey kuih cek mek molek dulu2. Berjualan kuih ni as side income kami. Tak terlawan ler aku air tgn mek. Kuih muih dia salu jadi rebutan org kg, pantang letak kat kedai kejap je habis. Rezeki kami anak banak. Dan salunya aku cuma diberi tugas kikis kulit keledek je pon, sampai berbirat dan hitam jari dek getah keledek berpuluh kilo. 

Tak penah ada resepi khusus utk cek mek molek buatan mek. Main agak2 je katanya. Cara org lama. So, bila sendiri nak buat, aku pon ikut cara lama mek tu lah jugak - main agak2. Hehe.

Bahan2
1. Keledek
2. Tepung gandum
3. Air garam sikit - garam  dibancuh dgn air biasa (ni ikut kuantiti keledek+tepung) Air garam ni utk naikkan lemak2 masin doh tu jer nanti.
4. Gula putih as inti
5. Minyak masak utk menggoreng

cara2
1. Keledek tu di kikis kulitnya, mana yg hitam or rosak tu kena buang. Potong baji agar mudah empuk masak sekata. Rebus sampai keledek masak, tos dan sejukkan.
2. Lecek or tumbuk keledek sampai lumat, tak berketul2
3. Campurkan dgn tepung gandum, dan air garam. Sukatan tepung nya kena pandai agak. taruk tepung sikit2 sambil uli doh sampai doh tu lembut sebati. Jgn taruk byk sgt tepung karang kuihnya KERAS tak baper sedap asli ler. For me, aku prefer doh tu agak melekit kat tgn masa uli tu drpd doh yg tak melekat kat tgn.Kalau doh tak melekat kat tgn tu tandanya doh dh agak keras/terlebih tepung. Sbb adunan ni tak guna YIS ke telur ke apa utk lembutkan doh.
4. Bentukkan doh mcm rupa cek mek molek tu, tak reti kalu, boleh je buat bulat2. hehe. Tetengah doh taruk gula pasir 1 sudu kecik, then katup balik doh mcm nk buah kuih buah melaka (onde2).
5. Nak elakkan doh melekit kat tgn, glaze tgn dgn tepung gandum semasa main doh tu.
6. Panas kan minyak masak, penuh kuali yer. Guna api perlahan.
7. Agak2 minyak dh panas sikit, boleh la goreng cek mek molek tu.
8. Masa goreng tu, kena peratikan dan salu balik2 kan kuih. agar garing nya sekata.
9. Agak2 dh rupa brownish tu, boleh la angkat.
10. Hati2 kalau nk mkn time panas2, inti gula nya tu boleh buat melecur mulut/lidah. Hehe.

Sekian. Kelas masak2. Haha.

No comments:

Post a Comment