Tuesday, 29 November 2011

Makanan Ruji Musim Tengkujuh Dan Resepi Tepung Boko Ubi kayu

Belah kampung aku di kelate nun, kalau tiba musim tengkujuh, segala jenis UBI akan jadi bhn komoditi utama penduduknya. Merata ada je hat berjual segala makneka ubi ni. Sebut lah ubi apa, semua jd kesukaan blako utk di jadikan kudapan di musim tengkujuh. Ubi stelo (keledek), ubi kayu, ubi badok, ubi keling (opps..belah sini panggil ubi kemili kalau tak silap), ubi itik.

Antara ubi2 ni, yang paling glemer ubi keling lah kot. Kalau musim2 lain (mcm la BYK musim je kat Malaysia ni..) mandang pon tak hingin kat ubi ni. Tp kalau musim hujan, kalau dpt ubi keling ni mkn sekali takleh nk stop mudah2, sedar2 abih se'jeluk'. Rasanya tawar lemak masin dgn lapisan licin lepas dikupas kulitnya yg hitam bak nama panggilannya tu. Ubi nya kecik2 besar ibu jari, kalau besar pon takat besar ibu KAKI jer lah pon. Tu yg menambah ralit kita makan kot. Hehe.

Ubi Kemili. Gambar Sumber sini
Ubi stelo, ubi kayu salunya di rebus mkn panas2 gitu. Kalah roti gardenia Butterscoth. Hehe. Ubi kayu rebus tu paling nyakuk cicah dgn kelapa parut gaul garam gula, takpon gu dgn sambal tumis ikan bilis, ikan masin belen hidangan sebelum tu. Kalau rajin, boleh buat kuih - kuih poli, kuih tepung boko, kuih ubi manis...pengat tak nyakuk sgt kalau musim hujan gitu.

Tepung boko my versi. Lagi sememeh topping atas tu lagi sedapppp.
Bagi aku, yg paling pojaan hati ialah ubi badak. Ubi ni isi nya yg paling pemes ialah kaler pepel dan kalau buat KOLEH memang nyakuk abih.


<><>
<>
<><>
Ubi Badak. Gambar Ehsan sini

Ubi badak kaler pepel
Ubi itik pulak salu org rebus je kot. Takpon buat pengat. Tekstur kulitnya kasar dan agak tajam sket, dan rasanya ada pahit2 sket tp tetap sedap, lemak2.
Ubi Itik. Gambar ehsan sini

Resipi Tepung Boko (talam ubi kayu) My versi

Bhn2
500 gm ubi kayu - di kupas kulitnya dan di parut halus (boleh dpt dlm 3 cawan ubi kayu parut)
Santan pekat 2 cawan (kalau guna santan kotak, guna hat size 200ml 1.5 kotak - 1 kotak utk campur dgn ubi kayu dan 0.5 kotak utk buat topping)
Gula Melaka or Gula Nisey Kelate - 3 kerek
Daun pandan
Garam

cara2 Buat
1. Ubi kayu parut di tos kan air nya - Nak senang, guna kain napkin/lampin bersih dan perah keluar air nya
2. Panaskan santan pekat + air 1/2 cawan + gula melaka + daun pandan - didihkan sampai gula hancur
3. Tapis kan air manisan ke dalam ubi kayu parut - gaul sebati
4. Taruk adunan ubi kayu ke dalam loyang yg sesuai
5. Kemudian KUKUS sampai masak - selalunya dlm 15 minit dh masak elok.

Utk TOPPING atas
1. Campur kan santan pekat + 1/2 cawan air + TEPUNG GANDUM 3 sudu makan + garam secubit + daun pandan - gaul sebati sampai tepung tak berketul
2. panaskan atas api perlahan, kacau sampai kuah santan ni agak melekit
3. Tuang kuah santan sama rata ke dalam loyang ubi kayu yg tgh di kukus td.
4. Kukus selama 10 minit. (Nota : kalau nak tambah harum, lepas kukus 5 minit, taruk hirisan daun pandan atas topping ni dan sambung kukus sampai masak. Dan buang daun pandan ni bila nk mkn nanti)
5. Sejuk kan.

Tepung boko ni cara nak makan nya, kena kaup dgn sudu. Takleh potong sbb tektur nya lembut. Kalau keras tu namanya kuih talam versi peniaga pasar malam nak untung lebih taruk tepung byk2. Haha.

Tepung boko ni BYK versi nk buatnya ikutkan. Yang paling tradisional ialah adunan ubi kayu tu di taruk dan di kukus dlm lipatan daun pisang. Lagi sedap semestinya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment