Friday 9 December 2011

Hor Fun For Mek Minah

Malam tadi, agak kebuntuan sudah mahu masak apa untuk hidangan tamu kat rumah. Menjadi tambah payah bila di fikirkan tekak MIL yg agak cerewet. Petang semalam, aku bwk balik sekotak Osaka Cake (yg konon tersedap lah kat tekak aku) utk hidangan minum petang depa. MIL mencebik tak lalu nk telan. "Mek tokleh makey...kuat bau telo nya...". haha. Yang peliknya kuih bahulu tu boleh jadi peberet dia pulak, walhal pakai telur byk gak kan dlm adunan nya. Gitu lah tekak org lama ni, kena paham.

Tapi ada gak benda2 baru aku suruh dia try makan, boleh masuk kat tekak nya. Include menu dinner mlm td. Tu pon aku minta izin dia dulu takmo masak NASI for dinner. Yupp. my dear MIL org kampung piorrrrrrrrr. Pagi petang siang malam, kalau boleh nk ada nasik as hidangan, baru tak gegel lutut nak wat kijo or even nk tido pon kalau perut tak 'kejap' tak makan nasik boleh jadi tak lena tido dorang. hehe.


Hor Fun ni agak salu aku masak sbb mmg peberet kami anak banak spashly my cik abe. Kali ni buat sempoi je takmo 'too cantonese style' takut MIL takleh tima. Minyak bijan totally out for her.

Dh siap msk, berdebar je nak tgok reaksi MIL makan hor fun tu. hehe.

Akhirnya...

"sedak nih...mek suko..." yesssssssssssss.. hehe.

Resepi ka??

A. Bahan2
1. Kueteow - 1 peket (dikirai2 biar sampai tak melekat)
2. Isi ayam, bebola, udang, sotong - sukati
3. Sayur2 pon sukati yg rasa sesuai utk sup sayur - boleh guna sawi, kubis, bunga kubis, tomato, karot, celery
4. Bwg putih - 5 ulas
5. Halia - 3 hiris nipis
6. lada putih (optional)  - 1 sudu teh
7. Minyak bijan
8. Kicap manis
9. Tepung jagung - 3-4 sudu besar di bancuh dgn air sejuk 1 cawan
10. Telur ayam - 2 biji
11. bawang goreng, serbuk lada sulah, cili padi kicap utk serving

B. Cara2 buat
1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak biasa
2. Masukkan keoteow, goreng kejap secara stirfy sambil renjis kan kicap manis sampai kueteow kalernya brown hitam. Renjis kan jugak minyak bijan. Goreng dalam 3 minit then angkat.

Utk kuahnya.
1. Panaskan kuali dgn sedikit minyak utk menumis. Guna kuali besar sbb utk kuah yg byk. Nak guna periuk biasa pon bolehh...
2. bwg putih + lada putih di tumbuk lumat dan tumiskan bhn tumbuk dlm kuali td. Masukkan juga Halia hiris.
3. Bila bhn tumisan wangi dan agak garing, masukkan isi ayam, garam dan perasa or kiub pati ikan bilis.
4. Goreng sampai isi ayam agak masak dan airnya kering.
5. masukkan air utk kuah nya. Anggaran 1.5 liter utk 1 pek kueteow.
6. Bila kuah mendidih, masukkan semua bebola dan seafood yg lain.
7. Perasa kan cukup masin dan sedapnya.
8. Masukkan sayur2an. Then pecah kan telur dan kirai telur biar jd urat2 halus (jgn sampai hancur).
9. Masukkan bancuhan air tepung jagung ke dalam kuah utk memekat kan nya


Rupa kuah hor fun tanpa telur. Avoid telur mlm td sbb takut MIL sensitif kata hanyir ke apa. Huhu.
  Cara Serving
1. Amik kueteow sikit taruk lam pinggan or mangkuk.
2. Curahkan kuah atas kueteow td. Taburkan bawang goreng
3. Nak sedap lg, sila makan panas2 bersama - lada sulah dan cili padi kicap (hiris cilipadi then boh kicap manis or kicap cair)

2 comments:

  1. dap ni ,leh la kot buat esok lusa tulat time cuti. layan dr pg sampai mlm hahahah
    dasar femalassss .

    ReplyDelete