Tuesday 13 December 2011

Percutian Bajet ke Genting Highland - Part 2 (Taman Santai Strawberry)

Kunjungan kami ke puncak Genting cuma utk 'sightseeing' saja, tidak berhasrat utk ke Taman Tema nya yg salu di sebut2 org itu. Di tambah dgn cuaca teruk pada waktu kami sampai, most taman nya di tutup oleh pihak pengurusan, menambah faktor selamat poket ambo. Lagi pun, dah namanya percutian BAJET, so segalanya kena ikut bajet lah. Hehe.

Asal nya kami berangan nak berpiknik di atas sana. Siap kami bwk bekal makanan dari rumah. Sudahnya, kami cuma dpt berpiknik di restoran KFC saja!! Namun still berbaloi sbb dpt gak bukak bekalan makanan kami sbg tambahan menu. Kuih Cek mek molek dan tea o panas je pon.

Usai sampai balik ke stesen Skyway Awana jam 12.30 tgh ari, kami putus kan ke Taman Santai Strawberry pulak. Mengisi masa terluang sementara waktu check in bilik hotel jam 3 ptg nanti.


Lokasi taman ni berdekatan dgn hotel penginapan kami - Hotel Seri Malaysia. Mmg senang utk ke sini, kami pon cuma berpandukan papan tanda arah saja utk ke sini.

Ikutkan taman strawberry di sini takda lah semeriah kat Cameron Highlands sana, cukup lah sekadar merasai dan menikmati pengalaman melihat strawberry dpn mata org kata.

Dan bg rombongan kami, lokasi ini sudah amat2 berbaloi. Yg penting, Admission Fee nya adalah FREE. Bajet. hehe.


Then, kami bagi peluang kat anak2 dan MIL utk merasai 'self picking strawberry', kemain teruja masing2.


Utk aktiviti ini pon tidak di kenakan sebarang bayaran. Kami di benarkan masuk dlm 1 group (3 org) dan di bekal kan 1 bakul kecil dan gunting. Namun atas budi bicara penjaga masa tu, semua rombongan kami dapat masuk ke dalam sini dan boleh 'seludup' gunting sorang satu kecuali si kecik Auni je tak di bagi nya gunting takut macam2 pulak dia potong. Haha.

Bila dah selesai, pergi ke kaunter utk timbang strawberry yg telah di petik then bayar ikut timbangan nya. Minimum berat perlu kita kutip ialah 100gm (RM6.50 kalau tak silap).

Kemudian, kami terus menyusuri laluan situ ke kwsn gerai2 jualan sekitar nya pula. Boleh lah nak soping cenderamata kenangan (termasuk ANGRY BIRDS..haiyyoh..) kat sini. Ada juga jualan sayur dan bunga namun tak se meriah Cameron Highlands lah produk nya.



Agak teruja bila sampai ke laluan ni. Buah Anggur bergayutan di tangkai.

Aktiviti kami di sini selesai sekitar jam 2 ptg. Terus menuju ke hotel penginapan. Alhamdulillah dpt check in terus.

Akan bersambung (lagi). InsyaAllah.

1 comment: