Ni kisah pagi semalam.
Tengah aku drive on the way ke opis pg tu, adik aku tepon ckp nak pinjam duit. Adik aku ni stay skali dgn kami kat rumah ni, so geram lah jugak bila dia dah keluar rumah baru sibuk cakap nak pinjam duit ke apa. tak reti mintak awal2 masa kat rumah tadi kah?...katanya TERTINGGAL dompet duit kat rumah, dah naik bas cari dompet nk bayar tambang, baru pasan tadak katanya. Mula tu aku dok saspek dia saja je lah REKA alasan nak pinjam duit. Haha. Dah masak dgn pangai adik2 ni, asal tgh bulan je kering, nasib la ada kakak leh jadi banker sokmo. Bebel2 pon kena gak ler tulun, dah namanya adik badik yer dak.
Malas benornya aku nk pusing g stesen bas bg duit kat dia tu. Even dekat je dgn opis tp jalannya pusing2 keluar masuk simpang, kalau pepagi mmg leceh lah dgn jem nya. Dia salunya keluar rumah awal dari aku, naik motor sampai ke hentian bas, then akan naik bas ke tempat kijonya. Jumpa dia, bg duit sket, bebel2 sket terus blah. Haha.
Tak lama pahtu, adik aku yg lain pulak tepon. Katanya ada sorang pompuan tepon dia ckp dompet adik aku yg tadi ada kat tgnnya!!! Terjumpa kat pasar malam area opisnya. Adik aku ni pulak mamai ke apa lupa nk amik details psl pompuan tu, dia try call balik no. tu terus BLUR sbb rupanya no. tepon opis, dah satu hal org nak kena cek semua staff kat opis besar gadang tu sapa yg kol dia tadi!!! So, jalan mudah, dia serah tugas trace pompuan tu kat aku. Again, nasib ada kakak leh jadi helper sokmo, td jd banker dah...haha.
Yang adik aku pagi td tu, bila kami inpom dia dompetnya HILANG, tergagap ler dia nk jwb. Ko konpiden je ckp dompet ko TERTINGGAL kat rumah yer, walhal dompet ko dah memana TERCICIR!! Lagi sekali kena bebel dek aku sebeban dua beban.
So, lepas aku tepon sana sini, dapat lah jugak pompuan yg baik hati tu, Alhamdulillah. Tapi mula tu, geram gak kat adik aku yg dpt kol pompuan ni sbb dia konpiden je ckp dgn aku pompuan tu ORG INDON. Pelik gak ler aku, org Indon kijo kat opis besar ni kijo apa salunya? Expatriat ke apa? tapi pala otak aku dok tuju kata MAKCIK CLEANER kah?...rupanya pompuan ni SABAHAN bah, hampeh punya adik aku, slang Sabah dgn Indon pun dia kata sama. Pompuan ni kijo bhgn ADMIN.
Since opis nya dekat dgn opis aku, terus lah set jumpa dia nak ambil dompet adik aku tu. Opis nya ni dh salu aku nampak tiapkali ulang alik kijo. A big company actually.
Rasanya baru bln lepas Menteri Besar Selangor mai sini rasmikan opis depa ni. Meriah siot dgn tarian naga, gendang bingit. Tapi depa operate dh lama, baru buat offiicial launching kot. Dealer terbesar di Malaysia utk jentera jengkaut ni.
Pompuan baik hati ni namanya ABSAH. Dia cite benornya staff dia yang terjumpa dompet adik aku tercicir, dia ambil dan minta tulun Absah ni carikan owner nya. Staff dia ni kijo bhgn Maintenance, sempat gak aku jumpa tadi ucap terima kasih tak terhingga. Even aku tau dompet adik aku tu bukannya ada byk duit pon, dah ler dompet buruk serpah serpih pulak tu salu kempis tarak duit. Tapi yg penting segala kad dalam tu sgt berharga kalau dapat jumpa balik yer dak. Pengalaman aku yg penah hilang dompet duit ni mmg haru. Kena kulu kilir kasi setel, renyah ooo. Masa tu berharap sgt2 agar ada yg baik hati tulung hantar balik suma dokumen dalam dompet tu, nak ambil duit, ambil lah.
Hanya ucapan terima kasih saja lah yg dpt aku bagi td. Absah cite jenuh gak dia nk cari pemilik dompet tu. Kebetulan adik aku ada simpan simkad lama dalam dompet tu, Absah kata dia ON simkad tu guna henpon dia, then tepon setiap no. yg ada dlm list. Byk gak no. dia tepon tak berangkat, sampai lah no. adik aku hat mamai tu baru jwb. Sanggup dia luang masa dia g setel benda ni, tepon kulu kilir cari pemilik dompet. Kawan seopis dia kebetulan ada situ turut mai jumpa aku share cite yg dia penin bila adik aku hat mamai tepon mai nk ckp dgn ntah sapa2. Haha. Pakat gelak lah masing2, aduhaiiiii...Moga Allah memberi ganjaran sebesar2nya pada mereka semua. Mungkin tiada apa yg berharga aku boleh bagi, tp besar makna nya bagi aku dapat kenal menjalin silaturrahim dgn org2 berjiwa murni begini. Alhamdulillah.
Tingat aku dulu penah dlm keadaan mereka juga. TERJUMPA benda berharga milik org lain. Henpon yg nilainya beribu riban di dalam toilet R&R Genting Sempah. Masa tu kami on the way dari kampung nak balik KL. Bila terjumpa brg begitu, mmg cabaran nya ada. Antara nilai kejujuran dgn kehendak diri yg dah tentu dikelabui syaitan. hehe. Alhamdulillah masih waras. Terus tepon guna no. tepon yg ada dlm henpon tu. Si pemiliknya org kg aku jugak rupanya dan menetap di Puchong juga, sama area dgn aku masa tu. Kebetulan sungguh ler kata org.
Then janji jumpa mereka di depan IOI Mall Puchong mlm tu jugak, dia tak jauh pon di depan kami masa tu. Masih aku ingat raut wajah dia, betapa bersyukur nya dia dapat jumpa balik harta bernilai tu. Dia kata dah redha henpon tu hilang takkan dpt balik lah kalau dah org lain jumpa. Sebab mmg barang tgh panas kat pasaran kekdahnya. Macam2 dia janji dgn aku utk balas kebaikan aku masa tu. Hehe. Paham perasaan TERUJA gembira dia bila dapat balik brg kesayangannya, tapi aku cakap takmo apa2 pon. Ulang kali dia ckp besar hati nak pelawa aku datang rumah bagai utk memanjangkan silaturrahim. Namun sampai saat ini pelawaan tu tak penah muncul spt di janjikan malah pada esok harinya depa tak penah tepon aku skali pon sampai saat ini. hehe. So, pengajaran lah bagi aku jua, jgn pandai manis mulut saja kalau tak mampu or ikhlas nak tunaikan, kelak sampai akhirat nanti jadi galasannya. Wallahua'lam.
To Absah dan kawan2 nya, (saya tau anda tidak membaca blog bodo2 saya ni..hehe), tapi saya mahu kongsi nilai jujur anda dgn semua org. Yang masih ada org WARAS di bumi bertuah ini, yg tidak mengharapkan apa ganjaran atas setiap kebaikan dihulur. Yang selalu percaya, budi baik di balas baik, ada HARGA yang setimpal utk kita di akhirat kelak yg telah di janjikan Allah. InsyaAllah, aminnnnn.
No comments:
Post a Comment