Saturday, 21 January 2012

Duit Belanja Anak sekolah

Masa mula2 nak stat sesi persekolahan 2012 ari tu, aku cuma terfikir nk bekalkan RM 1 kat Aisyah ke sekolah. Even from suvey, mostly aku dapati org bekalkan sekitar RM2 minimum pada anak sekolah. Kalau anak ada sekolah KAFA, pon sama gak dibekalkan duit sakunya RM2 minimum.

Naper aku boleh terfikir just nak bagi singgit je kat anak as wang saku? maybe sebab zaman aku dulu, ayah bg 30 sen cukup je. Haha. OK, sila paham la ni suma dah naik harga, mana nk dpt barang rega 10 sen or bawah 50 sen kan?...so, kena la be realitistik and logiklistik org kata. Haha. takat bagi singgit, apa yg anak kita boleh beli kat kantin sekolah? And kena gak fikir, kalau anak kita TERLIUR makanan or barang kwn beli tapi nak beli sndiri takleh sbb duit sakunya cuma singgit, camno???...

Eh dulu aku pon salu gak kena gitu apa, meleleh air liur terliur tgok kawan lain beli mcm2, tp sndiri nak beli tak mampu sbb ayah bg 30 sen just cukup beli air sirap 10 sen, nasi lemak or mee goreng 20 sen. Nama nk beli jajan or eskrem tu tadak ler. Pandai pulak aku ni cecepat sedar diri takda duit mcm kawan tu. Tak penah pulak terfikir sampai nak pau duit kawan. Anak2 la ni agaknya kurang daya MENAAKUL kot bab gini. haha. Mmg molek gak lah di wujud KSSR yg katanya ada fungsi Menaakul ni. Org dulu2 tak payah ada sistem bagai, main ada je dlm pala yer. keke.

La ni mcm2 kita takutkan...kalau anak tak cukup duit saku, takut depa kebulur takleh beli makanan or takut depa dok ngendeng kwn, paling teruk takut curi pitih kwn. Even masa taklimat hari Orientasi dulu pon cikgu nya siap pesan, kena bekalkan duit saku yg mengcukupi utk anak masing2, sbb takut anak tak cukup duit belanja, akan pau duit kawan. Kenapa perlu ada persepsi gitu? maybe from pengalaman cikgu sndiri lah jugak yer dak. Tapi tetap aku rasa tak perlu ada persepi gitu sampai nak kena cakap terus terang siap bagi pesanan secara UMUM kat SEMUA ibubapa. Kena gak fikir tak semua ibubapa yg mampu nak bekalkan anak duit saku yg mengcukupi dgn keperluan anak, dan adakah kalau dia takleh bagi duit yg mengcukupi maka anaknya termasuk yg jenis ada potensi nak pau duit kawan??..
Budak2 ni tetap namanya budak2. Tak kira zaman mana di lahirkan, tetap sama pe'el nya. Yg berbeza cuma cabaran dan didikan saja utk adapt.

Then, aku wat UJIAN kat Aisyah. Sian anak aku salu jd bhn ujian mak nya. haha.

Btw, presenting dompet anak aku - ANGRY BIRDS in the house!! Baru ikut trend org kata. haha.


Minggu pertama sekolah aku cuma bekalkan duit sakunya SERINGGIT saja as per my plan.RM1 g skolah KAFA dan RM 1 g skolah kebangsaan. Aku bubuh duit ni dalam 2 dompet berasingan. Satu utk di bawa ke sekolah KAFA, satu lg utk di bawa ke sekolah kebangsaan.

Before g skolah dia akan having breakfast and lunch as usual. Makan kenyang2 aku salu cakap. Then just bekalkan plain water and titbits sikit mcm dia kat tadika dulu. Bila balik sekolah ptg tu baru aku akan interview apa dia spend dgn duit saku dia kat sekolah KAFA dan sekolah Kebangsaan, cek tgok balance duit dia suma. Salunya dia cuma spend 50 sen saja utk setiap sekolah. Either beli air saja or kuih saja kat skolah. Dan ada belen 50 sen dia bwk balik each school. Kalau aku tgok tadak belen 50 sen tu, sure dia ckp dia beli benda lain selain minuman or makanan kat kantin sekolah!!! mcm beli buku kecik la, beli pemadam la...pandai ko yer kalau bab perabih pitih mak ayah kamu? hehe..

Ada sekali tu, dia spend SINGGIT utk beli majalah komik apa ntah, ada org jual kat kantin katanya. Sanggup tak beli minum or makanan sbb nak beli majalah tu, bila aku tanya TAK LAPAR ke? dia kata dh kenyang. Aku terfikir gak, ntah2 dia BUAT2 KENYANG sebab duit dah abih beli buku singgit tu kan? haha...tanya dia ada cilok makanan kawan tak? Marah dia kat aku balik sbb tak caya dia ckp kenyang siap suruh aku g tanya kwn baik dia kat skolah pulak. Haha. Ok lah, kalau pon dia lapar, at least dia belajar sumtin, reti IKAT PERUT dan tak pau makanan or pau duit kawan semata nk beli sumtin dia suka yer dak?..

Minggu berikutnya, aku GANDA kan duit saku nya bagi RM 2 pulak. RM 2 ke skolah KAFA, dan RM 2 ke sekolah kebangsaan.

Pon sama gak corak perbelanjaan nya, dia cuma spend maksimum RM1 saja both school, cuma bezanya kali ni duit belen dia salunya syiling belaka even aku bagi dua note duit singgit2. Maksudnya dia cuma reti guna duit note singgit utk beli apa2. Katalah dia nak beli air, dia guna duit singgit g bayar, dpt belen 50 sen siling dia simpan. Pahtu dia rasa nak beli kuih or benda lain pulak, dia g amik duit note singgit yg ke-2 g bayar dan dpt belen syiling 50 sen. So lam dompet dia tinggal duit syiling saja 50 sen + 50 sen = RM1. So far mmg dia tak penah guna abih duit saku RM2 tu, salu dia just spend 50 sen je lah mcm biasa. jarang2 sekali baru nampak dia spend RM1 kat sekolah kafa or kebangsaan.

And kalau dia dah spend RM1 utk beli apa2, mmg dia takkan spend lagi belen duit yg ada tu. Either dia mmg dah takmo beli apa2 dah or dia tak reti guna duit syiling. Sebab dah tentu ada duit SYILING je kan? Actually dia tak mahir lg guna duit syiling. hahaha. Pecah rahsia.

So, misi minggu dpn adalah UJIAN GUNA DUIT SYILING pulak lah kot. Nanti nak bekalkan dia semua dalam btk syiling. Keke. Aku dulu kekecik umur 5 thn dh pandai guna syiling, dah salu kena tulung mak g kedai beli macam2. Kena pandai congak kira, karang duit hilang, jatuh ke tak cukup ke apa, teruk kena bebel dek mak. Anak aku ni mana ada  kesempatan gitu dah. Kedai pon jauh dari rumah, gila nk lepaskan anak sorang2 g kedai? haha. kalau g kedai pon, anak tau pilih brg je, mak pak yg dok bayor manjang. Tu yg bila masuk sekolah baru lah nak belajar pegang duit sndiri, belajar berbelanja sndiri.

Ni tak tau la kot dah pandai guna syiling tu nanti, karang licin la duit saku semua yg di bagi tu. Haha. tapi mmg nak latih dia berjimat cermat, ada belen duit saku boleh masuk tabung yer dak. Instead of bagi dia ruang spend ikut sukati dia UP to limit duit sakunya tu. Bagi sikit tak cukup, bg byk mana pon abih. Haru.

So, aku rasa aku boleh je kot terus kan plan aku nak bagi duit saku RM1 kat anak kalau tgok corak perbelanjaan dia tu. Haha. Tapi aku pon tergolong mak zaman moden, jenis risau byk dan mudah sian kat anak!!! haha..eh mak zaman dulu bukan gitu kah? sama je kot kan. Itu dah kira FITRAH naluri as IBU yer dak.

No comments:

Post a Comment