Wednesday 25 January 2012

Mek masuk wad

Menjelang ari Jumaat lepas, ari terakhir kijo minggu tu utk cuti raya cina dan dalam keterujaan utk bercuti, aku di kejutkan berita my Mek masuk hospital!!!

Mek adalah pesakit darah tinggi tegar selama ni, mmg kena salu depend pada bekalan ubat. Katanya sudah 2 minggu demam mak berlarutan tp mek berdegil utk di bawa ke hospital. Menyangkakan cuma demam biasa saja barangkali bg dia. Then, bila kaki mek di geget pacat masa dia dok bersihkan kwsn mini dusun belakang rumah, the worst is coming. Dalam keadaan dia yg tgh demam dek darah tinggi, segalanya jadi bertambah RISIKO utk dia yg ada diabetes jugak. Rupanya penyakit diabetes nya pon dh tahap kritikal, so bila ada luka gegetan tu, segalanya was nightmare.

Ikutkan pada minggu tu, aku ada 2 kali dok menalifon mek bertanya khabar sambil dok cerita kegembiraan aku yg tak sabar2 nak pulang ke kampung minggu tu, suara Mek ceria saja dan tidak pulak dia cerita apa2 psl ni suma. So, bila tau mek di tahan hospital atas sebab ini suma, ralat sungguh la aku pon. Byk persoalan mai dalam pala. Kenapa, bagaimana?...

Kesan gegetan pacat tu kata mek menjadi worst dalam masa 4 ari saja, masuk hari ke-5 sakitnya sungguh kepalang, baru lah dia akur utk di bawa ke hospital. Sesampai di hospital, bacaan darah tinggi dan diabetesnya di luar paras normal, terus kena tahan dek doktor kat wad di hospital Gua Musang. Luka di kakinya pon dh masuk tahap kritikal kata doktor, terpaksa di amputasi jika terpaksa, utk mengelak dari terus menjangkit ke bhgn lain. Ya Allah, kejung terus aku mendengarnya...

Kat kampung tu cuma ada ayah dan adik lelaki yg bongsu saja utk uruskan hal mek sementara yg lain sampai. Sebenarnya aku agak terkilan dgn keputusan mek utk membenarkan amputasi di lakukan pada jari kaki nya tanpa bertanyakan kami ahli keluarga nya terlebih dahalu. Sedangkan doktor ada bagi mek pilihan utk berubat dulu dgn cara alternatif. Namun, kami akur dgn segala keputusan mek. Takmo memberati mek dgn perasaan terkilan kami.

Masa aku on the way balik kg tu, mek telah di pindahkan ke hospital Kuala Krai pula utk rawatan pakar di sana. Di hospital kg kami Gua Musang tu tiada pakar katanya. So, segala perancangan percutian aku selama 4 ari ni telah bertukar 100% lah nampak gayanya. Segalanya cuma tentang kesihatan mek saja. Dok Ulang alik ke hospital dgn jarak 100km sehala selama 2 hari. Hari ke-3 sempat cilok balik ke kampung belah asben kejap kat Besut. Hari ke-4 ke hospital lagi.

Pada ari tgh malam Sabtu 21/01, Mek telah selamat menjalani pembedahan membuang jari kakinya (second toe) yg gangren dek gegetan pacat tu. Dan Alhamdulillah lukanya cepat sembuh dan tidak merebak ke bhgn lain. Dalam masa 2 ari warded kat hospital Kuala Krai, doktor izinkan kami pindah kan Mek ke wad hospital kg kami yg lebih dekat utk kemudahan kami ulang alik. Masuk ari ke-4 semalam, keadaan mek dah stabil banyak tapi tetap kena monitor bacaan darah tinggi dan diabetesnya.




Ni gambar yg sempat aku snap curi2 dalam wad semalam. Sambil menemani dia makan nasi kapit. Hehe. Pepagi buta ayah dah mai hospital hantarkan nasi kapit idaman mek. Jenuh gak nak ajar mek makan cara berpantang ni. Selama ni dia cuma reti berpantang makan utk sakit darah tinggi nya saja, utk sakit diabetes dia kurang alert.

Lepas ni kena lebih cakna dan berhati2 dgn kesihatan org tua kami. Takleh main dengar je ckp depa yg mungkin kdg tu saja nak sedapkan hati anak2 saja, takmo anak2 risaukan pasal depa. Sedikit lega bila doktor ckp diabetes mek under control lg cuma gegetan pacat tu katanya berlaku dalam keadaan yg kritikal. Mek tgh demam2 tu benornya kesan dr sakit darah tinggi nya, patut mek consume ubat cam biasa tp mek sndiri kata dia malas amik ubat tu, dok telan paracetamol biasa je. Patut mek kena amik ubat darah tinggi lah utk stabilkan darah tingginya tu. So bila darah tinggi tak stabil, bacaan diabetes pon ikut naik. Bila ada luka camni even kecik saja lukanya, potensi luka cepat merebak tak terkawal adalah sgt tinggi, tu yg dalam masa 5 ari saja segalanya berubah.

2 comments:

  1. moga mek mu cepat sembuh .. bahaya diabetes ni ,kami adik beradik jenuh pantau mknan mak kami sampai akak aku terpaksa berhenti kerja tuk monitor. org tua ni dah biasa nasi nasi nasi ..mmppp jenuh pujuk rayu anak tekak dia hahaha

    ReplyDelete