Baru je pon aku buat aktiviti ni. Asalnya boring terlampau nak tunggu Aisyah abih waktu sekolah nya. dalam seminggu sekolah, cuma hari Rabu dia balik awal jam 6 ptg. Hari2 lain balik jam 6.30 ptg. Dan aku pulak biasanya seawal jam 5.50 ptg dah tercongok dpn pagar sekolahnya. Macam2 la aku buat utk kill time, sampai lah terfikir nak beriadah.
Mula2 buat mmg semput gila, dah lama tak beriadah kekdahnya. Sakit2 satu badan dibuatnya. Bila dh masuk hari ke-3 tu, dh ok byk dah la. Lagi pon takda lah bersungguh benor aku jogging, more to brisk walk. Maybe dlm 5 lap aku buat, cuma 2 lap je aku betul2 jogging, selebihnya brisk walk.
Luas gak lah lap aku kena pusing tu. 1 lap aku agak2 dlm 2km gak ler. Dek selalu sampai awal situ, aku salu dapat pilih parking baekkkkk punya, betul2 dpn pintu pagar sekolah sebelah sana dan dpn pagar padang sebelah sini.
Ni padang nya, betul2 seberang jalan dpn sekolah Aisyah. Luas kan? paling best sebab padangnya redup dan ada trek jogging seluruh keliling padang tu.
Pepetang gitu penuh dgn budak2 main bola tu je lah. Ada gak padang futsal dan taman permainan kanak2 belah belakang sana, tp jarang la ramai org. Tak segan sgt takat nak gedik2 beriadah sorang2 tp bila pusing sampai area pagar ni segan sket lah sbb byk keta parents parking sebelah jalan tunggu anak masing2. Aku je kot pasan org tgok aku walhal org tak heran pon. haha.
Dalam 20-25 minit kendian aku stop ler. Rehat jap b4 dapatkan Aisyah kat pagar sekolah. Hope aktiviti ni aku boleh kekal kan lah selagi ada peluang tu. Kalau nak nanti aku spend buat ni di masa lain memang takda lah, manjang ada je alasan nya. Bila dah gini, kira tadak alasan lg ler, unless kalau ko sanggup dok bertapa dlm keta 30-40 minit!!! Sangap wehhhhh. Nak membaca pon tak selesa sbb area parking tu panas, nk duduk dalam keta hidupkan enjin ON ekon rasa tak baloi la pulak. Nak tido?? karang anak dh kuar skolah aku dok terlelap lagi!!! Nak g lepak memana sampai santak waktu, takut nk patah balik tu di buatnya jem, haru.
Most parents aku tengok depa lepak tunggu anak dlm keta masing2 je lah. So far tadak lg yg teringin nak ikut aktiviti aku ni, kalau ada kawan best jugak kan?
chaaiyok chaiyok tp kalau ada kawan mmg best.
ReplyDeleteso far akupun dah start jogging tp cuma dpt sabtu ahad or salah 1 antara 2hr tu ..tu pun paksa lokong bw aku gi tasik ,dia ngasuh adeel so aku leh lari *lari la sgt* dgn tenang . kadang sabtu pagi lari sambil tolak stroller adeel.semput mak hahaha
Tu aa Jah...takda lah terkemut2 sgt aku...keke.
ReplyDelete