Masih terharu dengan berita sedih arwah adik FARIS DANIEL. Untuk bacaan yang lebih jelas sila refer abe mazidul kita ni.
Alfatihah utk arwah dan takziah utk keluarga nya. Aduhai tak tercapai dek akal aku dugaan yg maha hebat tu ditanggung oleh depa spashly arwah. InsyaAllah ada hikmah Allah jadikan mereka insan terpilih utk menerima dugaan yg maha hebat itu. WA.
Baru je rasanya dok bersembang perihal arwah dgn jiran nan sorang ni, sambil menemani anak masing2 bermain basikal pepetang hari tu. Kami jua ibu yg punya anak2 sebaya si arwah, tak tertangung derita rasanya kalau sebegitu hebat dugaan yg anak kami kena tanggung. Allahhuakbar.
Melihat anak2 kami berlari riang gembira, sihat walafiat depan mata kami adalah nikmat yg tiada tolok banding nya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Namun kalau ditakdirkan semua ini di tarik, atau kami di uji, kami REDHA Ya Allah.
Mana hat baru balik sekolah terus lenjan main basikal dgn baju skolah masing2 termasuk Aisyah. Si tenit Auni pon sama naik lasaknya dok bermain.
Main depan rumah je lah pepatang gitu sementara menanti waktu magrib gitu. Sekadar melepas geram anak2 bermain. Nasib baik lorong kami jauh dari jalan utama, kenderaan jarang ado so agak selamat utk anak2. Kalau anak2 keluar main gini, kena lah jadi pemerhati bebas dgn mak pak yg lain.
Dah sunset, jom masuk sarang masing2.
Ainaa Najihah, 6 tahun - sebaya dgn arwah adik Faris.
Ada beza kah mereka berdua?...
Di mata seorang IBU, mereka tiada beza. Mereka adalah permata hati bagi seorang ibu. Kehadiran nya di nanti dgn penuh syukur dan gembira, 9 bulan dalam kandungan kami, kemudian bila lahir di tatang dgn penuh kasih sayang. Namun siapa yang dapat melawan takdir Ilahi, kalau dah tersurat begitu perjalanan takdirnya, maka REDHA lah kami pon. Tempat mu di syurga wahai anak, moga ibu jua mampu sambung membelai mu di sana nanti, InsyaAllah, amin.
ALFATIHAH sekali lagi utk arwah adik FARIS.
No comments:
Post a Comment