Saturday 31 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea, Part 6 (Finale)

PART 1

PART 2

ABOUT KOREA

PART 3

PART 4

PART 5


Day 6 - 8 Mac 2012 (Hari Terakhir)

Sebetulnya, mulai malam tadi dh mula terbit perasaan syahdu utk meninggalkan bumi Korea. Apatah lg aku sudah mula berkemas barang2 utk di tumpangkan ke bilik lain sebab bilik kami bakal di kosongkan esoknya.

Malam tadi dikira malam terakhir aku mengulit lena di sini, agak payah utk melelapkan mata. Tatkala teman sebilik ku, kak Inazz sudah lena beradu, aku senyap2 menyusup keluar bilik. Hehe. Tak mahu mengganggu org lain dgn perasaan sentimental nan satu ini. Kalau boleh aku mahu menikmati malam ini dgn satu perasaan yg tersendiri.

Mula2 lepak kat balkoni. Mahu menghirup udara sejuk malam di Korea sepuas2nya!!! Sambil membilang cahaya di langit mana ada, memaku pandangan pada setiap ceruk yang bisa di pandang mata. Aduhai. Bila lagi semua ini aku boleh nikmati Tuhan? akan adakah peluang kedua selepas ini?...sudahnya aku larut dengan perasaan sendiri malam itu.

Bila badan dah tak menahan dingin nya, baru aku masuk ke hostel dan menuju ke Pantry pulak. Masa tu jam sudah 2 pagi. Di Pantry masih ada lagi penghuni yang ada di situ. Aku layan diri sorang2 - buat air milo, santai hirup minum dgn penuh nikmat. Kemudian sempat online jap sebelum naik ke bilik utk tido.

Pagi tu jam 5.30 pagi aku dah terbangun. Sambung mengemas barang dan mengemas bilik. Kak Inazz akan stay lagi sampai 10/03/2012. Geng kami nanti akan berpecah 2 group, satu group akan pulang malam ini dan satu lg group akan pulang the next 2 days.

Lebih kurang jam 9 pagi, kami menuju keluar hostel ke stesen subway. Hari ni agenda SHOPPING menguasai ruang masa kami. hehe.

Destinasi pertama kami adalah CHANGSIN-DONG TOY WHOLESALE MARKET. Tempat ini kalau ikutkan jarang pelancong kita terjah. Atas cadangan Mashie, kami masukkan destinasi ini dalam itiniary kami. Utk info, tempat ini adalah pusat jualan borong utk kelengkapan alatulis, mainan yag pelbagai. Paling best di sini juga boleh di dapati barangan HELLO KITTY yang original dengan harga lebih murah!!!

Memandangkan antara kami semua memang punya anak2 kecil yang masih bersekolah, maka lokasi ini memang amat berbaloi kami terjah.



Utk ke sini, aku kasi tepek info tranport nya.

AddressChangsin Toy and Stationary Street, 309-29 Changsin-dong, Jongno-gu, SeoulSubway Line 6 Dongmyo Stn. Exit 6
Line 2 Dongdaemun History & Culture Park Stn. Exit 7
Line 1 Dongdaemun Stn. Exit 7
Bus Dongdaemun
103, 101, 105, 144, 152, 201, 260


Masing2 berpeluang mencari keperluan anak yang ada antara nya tidak terdapat di jual di Malaysia. Most of product nya berbeza design dan material nya dari yang biasa kita beli. Bila masuk butik Hello Kitty terus rambang mata!!!

Lama jugak masa kami spent di sini, sudahnya bila masa nak balik masing2 menjinjit beg besor sorang satu.
Dari sini, kami hala ke area NAMDAEMUN pulak. Kali ni tujuan nya mencari alat2 kelengkapan rumah dan lain2. Mabuk soping lagi kami di sini. 

Jam 3 petang, kami hala pulang balik ke hostel dengan kepuasan dan kepenatan. Selepas makan dan rehat, lebih kurang jam 4 petang kami keluar menuju ke SEOUL TOWER yang terletak di belakang hostel kami saja. Jalan kaki lebih kurang 5 minit, mendaki sikit ke arah stesen kereta kabel nya. Dari situ kami naik kereta kabel ke puncak bukit yang terletak Seoul Tower.



Di belakang nampak puncak tu lah terletaknya Seoul Tower. Tangga di sebelah bangunan kanan tu menuju ke stesen kereta kabel.


Untuk ke Seoul Tower ni kiranya ada pelbagai cara. Aku nampak ada gak teksi dan bas yang berada di sini bila sampai ke stesen kereta kabel nya ni.


Dah sampai pon ke stesen kereta kabel nya ni. Tambang kereta kabel nya adalah 8000krw utk tiket 2 hala pergi balik dan kami cuma mengambil tiket SEHALA saja yg bernilai 6000krw. Plan nya ala turun nanti kami mahu cuba alternatif lain pulak.

Perjalanan ke puncak dgn kereta kabel ni cuma mengambil masa selama 5 minit saja. Dan sepanjang perjalanan itu kami di dedahkan dgn panorama bandar Seoul yg saujana mata memandang.





Dari stesen kabel kedua ini kami perlu menaiki tangga pulak ke tapak menara Seoul. Tak jauh sgt pon tapi lenguh gak lah kaki kami yg sedia penat ni. Pemandangan di sini di penuhi dgn pokok2 togel musim sejuk yg pasti nya akan memukau bila tiba musim luruh.



Sebelum tu, kami terserempak dengan seorang AHJUMMA ni. Gaya menurun tangga nya memikat hati kami. Mula2 kami ingat beliau sedanang buat apa la, berlatih turun tangga kah? berlatih berjalan kah? Tapi respek, sebab di usia emas begitu beliau gigih mendaki ke puncak walaupaun ada alternatif lain utk sampai ke puncak dgn menaiki bas atau teksi.


Kemain bergaya makcik ni kan?...

Ok lah jum mendaki ke puncak.




Sampai atas sana, semacam dataran gitu. Ada kaunter tiket utk masuk ke Teddy Bear Museum dan Observatory Deck. Bayarannya tak silap 14000 krw utk 2 tempat tu.







Di dataran Seoul Tower ni jugak terdapatnya tempat popular yg ada mangga2 kunci cinta tu. Tak tau lah apa kisah di sebalik tercipta nya idea nak pasak mangga kunci masing2 kat situ. Mangga kunci yg katanya simbol cinta bg pasangan bercinta. Macam2 ayat cinta dok tertera di mangga kunci masing2. Ada yg terliur nak taruk mangga kunci cinta kat sini kah?? Boleh la sedia kan mangga kunci sesiap bila mai sini. hehe.





Kami kemudian masuk ke bhgn dalam bangunan Seoul Tower utk ke Teddy Bear museum.


Di muzium ni tadak apa pon pada aku. Cuma kelibat patung2 anak beruang yg kiut2 dalam tema masing2. Tema tu mengikut budaya Korea lah. Setiap ruang ada perceritaan nya dan teddy bear tu macam menggantikan watak manusia lah dlm penceritaan  tersebut.


Patung2 anak bear tu kekecik je dok dalam ruang pameran tu. So sila jegil mata luas2 utk menghayatinya, ditambah dgn suasana pencahayaan nya yg suram romatik. hehe.






Aku yg paling awal keluar dari muzeum ni!!! haha...terus keluar balik ke bhgn luar bangunan tadi, sambung meninjau di situ pulak.




Lama jugak aku dok meninjau kat ruang luar tu. Jenuh menanti geng2 lain muncul utk pulang ke hostel. Jenuh menanti, aku turun balik ke ruang Teddy Bear museum tadi utk mencari depa semua.

Bila masuk balik ke situ, baru lah nampak kelibat geng2 aku yg lain. Mashie terus guide kami ke Observatory Deck. Bila dah masuk ruang itu baru aku teringat kak Inazz dan Jass berada di luar tadi, risau jugak kot depa pon tak pasan psl tempat ni. tapi nak keluar balik dah tak dapat la pulak. Nasib baik dapat kontek dorang suruh masuk balik cari tempat tu.

Kami di bawa naik menggunakan lift sampai ke bhgn dek meninjau nya. Di sini seakan menara KL lah jugak. Kita boleh melihat seluruh panorama bandar Seoul.



Masuk2 je sini, kita di beri peluang utk ambil gambar dan beli gambar tersebut. Utk 2 keping gambar bersize 8 R (kalau tak silap) harga nya 15000krw. Kalau taknak beli pon takpa.

Usai di sini, kami terus menuju pulang. waktu sudah jam 7 malam masa ni. Aku memilih naik teksi saja utk pulang ke hostel utk cepat sampai dan cepat berkemas. Sampai di hostel, sempat lagi aku singgah FAMILY MART utk kali terakhir utk menghabiskan sisa2 duit KRW yg ada. Dah tak byk pon yg tinggal. So aku sakan memborong coklat utk anak2 (pepero) dan juga susu peberet aku selama di sini - susu yogurt perisa stoberi. Duit2 syiling pulak aku guna kan utk beli tisu cantik2!!
Sampai hostel, terus berkemas mana patut. Timbang bagasi masing2.

Aku konpiden je bagitahu semua org aku punya bagasi adalah MAKSMUM dan ada EXTRA berat hampir 10kg, so boleh la sesapa yag TERlebih berat bagasi tu tumpang aku punya. Lupa sungguh nak cek flite itinery aku balik. Kelupaan yang hampir membawa padah. haha. Kemain beriya aku dok invite kekawan tumpang luggage walhalnya....

Jam 8.30pm, teksi kami sampai utk membawa kami ke airport. Geleng kepala Ahjussi tengok bagasi yg perlu dia bawak. hehe.

Sampai airport, masa check in bagasi, baru lah aku pasan luggage aku cuma 30kg saja!!! cessssssssss...tak pasal2 dah menyusahkan semua org. haha. Ampunnnnnnn. Nasib baik amoi kaunter tu baik hati, siap dia advise kami camno nak arrange luggage. dan sudahnya 2 beg yg EXTRA aku mandai2 offer org tumpangkan tu kena hand carry masuk cabin. OK lah tu, asal tak kena bayar udah ler kan? huhu. Namun, pengalaman lah bagi aku pon. Please check Your flite itiniary betul2!!! Jangan dok main ckp je, kdg bila badan dan pala dh penat, otak pon jadi lembab ingatan!!! haha..

Selesai urusan check in, kami menuju ke ruang berlepas. Masih berbaki 2 jam sebelum masa flite kami berlepas. Masa tu dah jam 10.30 malam, and sadly most kedai dalam airport pon dah di tutup. Namun, sempat gak lah aku soping buah tangan utk my dear cik abe kat LOTTE DUTY FREE.

Jam 11.45 mula masuk kapal terbang. Jam 12tgh malam waktu korea, kami selamat berlepas. Luckily, seat sebelah2 aku suma nya tiada penumpang nya. So, apa lagi, landing time lah jwp nya!!! hehe. Baru lah terasa badan bagai di henyak lori tanah (pernah ke???...)!!! remuk redam seluruh badan rasanya. penat yg berkumpul selama 6 hari terasa bersatu pada ketika itu. Tak sampai 15 minit atas udara, aku sudah ketiduran kepenatan!!! Sedar2 FA kejutkan aku for meals yg aku dah pre-order. Sandwich chicken, dah tak lalu nak telan. Tidur lagi syok.

Sedar2 dah nak sampai bumi tercinta dah. Terasa kejap pulak perjalanan balik ni. Jam 5.30pagi waktu Malaysia, kami selamat mendarat di LCCT. Aduhai, rindu mula memuncak pada keluarga tersayang.

Dari LCCT, amik teksi balik rumah. Tergagau2 jugak aku dan Erin mencari kaunter teksi. hampeh tul. Masing2 boleh tak perasan kaunter tu masa mula2 keluar kastam antarabangsa tadi. Sudahnya kami menapak jauh ambil tiket di bhgn Domestik. menyusuri keluar LCCT, baru terasa NIKMAT nya dapat kembali ke tanah air tercinta balik.

Walau secantik mana pon negara org, walau se'best' mana pon cuaca negara org, walau secanggih mana pon negara org, namun Malaysia tetap di hati yang tiada banding nya.

Menanti ku di rumah adalah kesayangan aku. Terasa hilang semua lelah bila melihat senyum terukir di bibir masing2. Sekurang2 perpisahan sekejap ini memberi kami 1001 rasa dan pengalaman yang tak terucap.

2 comments:

  1. Dah abis...best-best le kaksu, terasa bai pun ikut kaksu g korea bila baca catatan kaksu nih...:)

    ReplyDelete
  2. hahhaha....tatkala akak lena beradu, su pi layang perasaaang upernyer..baru lah ku tahu hari ni..kekekkkkeke

    ReplyDelete