Monday 23 April 2012

Nikmat Sihat

Bila sesekali nikmat sihat di tarik Allah...Alhamdulillah.

Hari ini rasa bertambah baik dan bertambah lapang, selepas hampir dua minggu juga berkubang dgn AUDIT kemudian seminggu lepas tu berkubang pulak dgn demam. Selepas musim Audit ni, kena mula fokus pada bajet Raya 2012 dah la. Tahun ni tak tau lah bagaimana pencapaian nya, moga ada rezeki lebih utk di nikmati. Tapi kalau di lihat pencapaian setakat suku tahun ni, agak getir gak lah. huhu.

Terima kasih juga aku ucapkan pada pengunjung2 yg dtg semata topik KOREA aku tu. Moga ada sedikit manfaat yg dpt di kongsikan atas pengalaman ciput aku tu. Ada sesetengah info nya kurang tepat barangkali, mohon maaf jua. Ada masa nanti aku cuba perbetulkan bila sempat. Berkenaan dgn bajet pulak, sukacita di ingatkan aku punya trip tersebut adalah dikira TRIP BAJET. Persediaan nya ala kadar saja bagi aku. Ala kadar tidak bermaksud aku mengambil mudah semua hal, cuma mungkin tidak se gah org lain.

No comments:

Post a Comment