Saturday, 14 April 2012

Proses Tukar Nama Owner Dan pasang Meter Baru dgn SYABAS

Tu dia...kemain panjang tajuk nya.

Tapi sebelum itu, sukacita di ingatkan apa2 info yang aku bakal coretkan nanti adalah 100% daripada pengalaman aku sendiri saja. Tak mustahil ianya berbeza maklumat bergantung kepada kes masing2.

Since rumah sub sale yg aku beli ni terletak di kawasan yg memang terkenal dgn masalah bekalan air nya yang kerap terputus dek masalah pengurusan bayaran yg kurang cekap, maka urusan utk membuat penyambungan semula bekalan air ke rumah tersebut agak berliku. Berliku sedikit saja lah. Dan dikira masih di tahap normal bagi aku. hehe.

Di area sini katanya kebanyakan pengurusan apartment sukar mendapat kerjasama daripada penghuninya utk bayar bil air meter PUKAL SYABAS utk mengelak kejadian terputus bekalan air. Amat lah kasihan bagi pihak yang tekun membayar bil nya tapi terpaksa jua hadapi masalah terputus bekalan semata2 atas konsep 'SHARING IS CARING". haha. Takdo lah. Amat lah tidak adil bukan, kalau hanya disebabkan ONAR segelintir pihak tapi seluruh penduduk menghadapi beban nya?...Pemaju nya takyah cakap lah, siang2 depa dah cuci tangan dalam kes ini katanya.

Maka, most apartment telah mengambil inisiatif utk menubuhkan Persatuan Penduduk masing2 bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kes bekalan air ini. Lantas timbul lah idea atas usaha kewujudan METER INDIVIDU utk setiap rumah di samping meter pukal SYABAS yg asal. Lebih praktikal utk menangani masalah penghuni yang liat membayar bil air sebab hanya bekalan air rumah mereka saja akan terjejas bila meter individunya di potong!!!

Dan sekurang2nya aku lega sebab apartment yang aku beli ini katanya antara yang terbaik pengurusan nya oleh Jawatankuasa Penduduk. Direkodkan sejak 2 tahun lepas mereka dapat selesaikan masalah bekalan air dengan pihak SYABAS dengan kaedah lebih sistematik.

So, segala urusan aku utk menukar nama dan mendapat bekalan air semula hanya perlu di buat menerusi pejabat Jawatankuasa Penduduk itu saja. Mereka ibarat orang tengah antara owner rumah dgn pihak Syabas. Dan semestinya ada perjanjian yang kena dipatuhi oleh Persatuan Penduduk ke atas meter pukal yg dibekalkan oleh pihak Syabas. Maka itu lah urusan nya tidak boleh dibuat sesuka hati terus di pejabat Syabas.

As new owner di kawasan tersebut, aku amat menyokong segala usaha mereka ini. Muafakat membawa berkat kata orang. Mula2 mereka akan pastikan owner lama sudah melunaskan segala bil tertunggak utk maintenance dan air. Selepas itu, barulah akan ada concern utk aku apply penyambungan semula perkhidmatan.

Borang permohonan bekalan air SYABAS perlu di isi dan diserahkan berserta perkara berikut i.e.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan S&P
3. Wang Deposit RM100
4. Wang Selenggara Pemasangan Meter RM30

Bagi kediaman yg tidak diduduki melebih 6 bulan, perlu mendapatkan penilaian dan pengesahan daripada Tukang Paip yg berlesen dan berdaftar dgn SYABAS. Part ni je lah yg sedikit renyah. Dalam kes aku, boleh saja minta pihak Persatuan Penduduk untuk tolong setelkan bhgn tersebut. Pastinya terdapat kos yg perlu dibayar. Mereka memberi anggaran kos sekitar RM150 - RM 200. Ahh mahai bebenor lak bg aku. hehe.

Aku memohon utk setel sendiri part tersebut. Luckily opis aku mmg link dgn bidang tersebut. Terus saja aku tepon site staffs mohon carikan sesapa yg punya kelayakan tersebut with minimum cost!!! Alhamdulillah, dipermudahkan. Malah langsung aku tak perlu bayar apa2, semuanya atas dasar favor katanya dek company good wills selama ini. Betul ke ni wehhh? jgn pulak lepas ni ada yg asyik merengek dgn aku suruh cepat proses claim depa sudah laaaaa...mau aku pelangkung korang. haha.

Proses permohonan akan mengambil masa maksimum nya 2 minggu. Ada harapan lebih cepat katanya. InsyaAllah. Sememangnya aku mahu cepat2 dapat bekalan air kat rumah tu, senang utk proses seterusnya. Nak cuci rumah ka, nak buat renovation ka.

4 comments:

  1. Boleh dijadikan panduan ni.. thanks berkongsi info :)

    ReplyDelete
  2. apa status sekarang? dah dapat meter individu belum?

    ReplyDelete
  3. En. mfadhlan,

    Apartment ni mmg dh dpt meter individu for each unit.Ada 2 pilihan benarnya kat situ - guna meter individu Syabas or meter Persatuan penduduk (JMB)...

    meter Syabas lg murah kiraan bil nya TAPI perlu bayar kos lumpsum utk meter pukal sebanyak rm800++ awal2 perjanjian syarat tukar meter individu tu...rm800++ ni di beri kelonggaran utk di bayar ansuran selama 24 bln dan jumlah bayarn ansuran akan di masuk kan sekali jumlahnya dalam bil bulanan yg kita terima...

    ReplyDelete
  4. Good day! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?

    I'm kinda paranoid about losing everything I've worked hard on.

    Any tips?

    my web-site :: african mango australia

    ReplyDelete