Friday 13 April 2012

Proses Tukar Nama Owner di TNB

Jika kita membeli rumah sub-sale (terpakai), maka terdapat keperluan utk urusan tukar nama bagi segala bil utiliti yang standard iaitu bil api, bil air, bil cukai taksiran dan cukai tanah. Dan keperluan itu menjadi tahap WAJIB sekiranya property yang kita beli itu sudah tiada sambungan meter elektrik ataupun meter air.

Biasanya owner lama (penjual) akan potong bekalan elektrik sebaik saja urusan jual beli selesai. Maka sebagai owner baru, kita boleh lah memohon penyambungan semula dan penukaran nama ini dibuat serta merta.

Boleh telefon TNB careline 1300 885454 utk mendapat info kaunter TNB mana yg patut kita terjah utk lunaskan urusan ini. Dan sila sediakan dokumen2 berikut (1 copy) :

1. Borang Tukar Nama yg boleh di dapati di kaunter TNB
2. Salinan Kad Pengenalan pemilik baru 
3. Salinan S&P
4. Setem Hasil bernilai RM10 sebanyak 2 keping (RM10 x 2 keping)
5. Bayaran Deposit

Sampai di kaunter TNB, cakap saja mahu buat proses tukar nama dan mohon meter baru (jika elektriknya telah dipotong). Maka akan di beri 1 borang utk di isi. Di kaunter TNB selalu nya ada 2 jenis button utk nombor giliran - pembayaran dan perkhidmatan. Pastikan kita tekan no. giliran di butang perkhidmatan.

Bila di kaunter, sila forward kan borang yg telah di isi dan segala dokumen yang diperlukan tadi. Akan dapat 1 penyata (deposit) utk dibuat pembayaran nya terlebih dahulu sebelum di sahkan. Jumlah deposit meter ini katanya bergantung pada jenis rumah (flat, apartment(high, medium, low cost), teres, banglo, dan lain2). Dan utk rekod, bagi rumah aku beli tu (medium cost apartment) jumlah deposit yg dikenakan adalah sebanyak RM 210. Selepas membuat pembayaran di kaunter pembayaran, sila kembali ke kaunter perkhidmatan utk mengesahkan nya.

Dan semalam, pihak kaunter ada memaklum kan  aku yang TNB akan datang pasang meter baru dan penyambungan semula elektrik akan dijalan kan dalam masa 5 hari berkerja. Namun, seawal sehari selepas urusan tersebut aku buat i.e. HARI INI, depa telah datang utk pasang meternya!!! Efisen sungguh.

Ikutkan daripada info yang aku dapat thru talian TNB, mereka ada listkan suruh sedia kan WANG PROSES sebanyak RM3. Tapi pengalaman aku semalam, tiada pula diminta oleh kaunter bagi tujuan wang proses ini. Aku pon tak bertanya pasal ni pada mereka. hehe.

Dalam kes aku, rumah yg dibeli telah lama di potong meternya dek TNB.  As owner baru, kita tak diwajibkan setel segala bayaran tertunggak oleh owner lama. Tiada istilah setel semua hutang dulu baru boleh masuk meter baru + api. Namun ada juga kes seperti bil air dan bil maintenance, di mana pihak pemaju (bahagian Maintenance) atau pihak penyelia bangunan akan pastikan tiada tunggakan sebelum perkhidmatan baru di salurkan ke kediaman kita.

Sebagai pembeli adalah sangat molek kita pastikan owner lama telah mengambil inisiatif membayar segala bil tertunggak. Dan sebagai penjual pon, mereka tidak boleh terlepas dari bebanan menyelesaikan segala tunggakan bil sebab di akhiran proses jual beli ini, lawyer akan pastikan segala resit bukti pembayaran akan dikemukan terlebih dahulu sebelum baki bayaran di buat.

Sekiranya kita dapati masih ada tunggakan bil, sila dapatkan nasihat dari pihak lawyer sebelum baki bayaran di langsai kan pada owner lama. Ada option utk deduct semua kos bil tertunggak tersebut menerusi jumlah baki bayaran. Maksudnya, katalah owner lama masih berhutang bil2 sebanyak rm2500, maka boleh lah minta concern dari lawyer utk tolak terus RM2500 ni daripada jumlah bayaran. Cth owner patutnya dapat baki bayaran RM50,000, tapi bila dikira bersih selepas tolak kos bil tertunggak (atas persetujuan owner jugak) maka beliau dapat bersih RM 47,500 saja. Dan kemudian kita as owner baru akan berkewajipan utk selesaikan bil tertunggak bagi pihak owner lama, dan segala resit pembayaran perlu di kemukan pada lawyer sebagai bukti bayaran telah dibuat.

Moga catatan ini ada manfaat utk aku di masa hadapan dan utk semua jua. InsyaAllah.

12 comments:

  1. Ya...berurusan dengan TNB untuk hal macam ni mudah, dulu pun masa masuk rumah baru, bai tak payah settelkan hutang lama. Terkejut dan sgt bersyukur....

    Tapi urusan untuk cukai pintu leceh skit, kena bayar sumer yg tertunggak walaupun bil tu bil lama yang owner lama tak bayar. Bila kita ckp kat dorang, dengan selambanya dorang ckp 'kenapa tak check dulu ngan owner lama yang ada lagi cukai pintu yang tertunggak?'. Kena dahulukan duit kita dulu dan kejar owner lama plak tuk refund.

    ReplyDelete
  2. hai su..
    baru tau ko pon berBLOG la nih....

    ReplyDelete
  3. Saya ada beli kondo second hand semua dalm proces,loan dah approve,snp on going tengah buat but then dpt info dari agent rumah tu kata sebelum dpt kunci rumah kena bayar apportionment payment.kena bayar ke lawyer on behalf to owner..ni untuk apa sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Selalunya bila beli rumah sub-sale gini (2nd hand), kena byr at least 10% deposit. Tgok perjanjian camno dgn agen rumah. For agen rumah kena disburse 3% masa mula2 loan approve...pahtu belen 7% kena byr by the time S&P siap. Payment mmg kena thru lawyer bukan byr ke tgn agen rumah or owner...pehal, lg molek mintak concern or advise dr Ur lawyer b4 proceed apa2.

    ReplyDelete
  5. Umi...kalau bermanfaat, InsyaAllah saya izinkan...jgn lupa bg kredit pd tuan asal yer...hehe...

    ReplyDelete
  6. Thank you for sharing.The information that you given are very useful.

    ReplyDelete
  7. setem hasil tu x payah kena matikan dulu kat LHDN ke??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Salam...Jika penukaran nama telah dibuat digeran tanah dari ayah kepada anak? Adakah sama proses bayaran dibuat seperti beli rumah atas orang?Macam mane nak tukar nama dalam bil api dan air jika dahulu nama ayah? boleh bagi info? Terima kasih byk2.

      Delete
  10. Trimaseh...very useful info indeed. Tgh in process beli rumah condo gak ni.

    ReplyDelete