Wednesday 6 June 2012

Mek oh mek...

Jumaat lepas, lepas kijo balik dari opis terus bersiap2 utk trip balik kampung. Kami bertolak sekitar jam 10 malam. Trafik agak sesak menghala keluar ke Tol Gombak malam tu. Musim cuti kekdahnya, sesak tu ada memana kata org. Masuk je highway Karak, anak2 dah selamat mengulit lena masing2.

Jam 12.30 mlm, singgah makan di pinggir bandar Bentong. Dalam mamai ngantuk, byk pulak aku order malam tu. Order lauk sup cendawan, tomyam campur, ayam masak halia, daging msk merah, sayur campur, telur dadar...dah la portion nya byk. Merasa lah buntang perut masing2 dok perabih lauk pauk. Sudahnya minta depa bungkuskan bawak balik jua!!! Hampir jam 1.45am gak baru kami beredar sambung perjalanan.

Kami selamat sampai rumah di Gua Musang jam 4.30 pagi. Kat rumah cuma ada Ayoh dan mek saja la ni. Adik bongsu dh selamat mai KL awal2 cuti sekolah hari tu. Dok borak2 sambil menanti waktu subuh pagi tu, ketara benar kesihatan mek makin susut.

Aku ajak Ayoh & Mek turut serta kami balik ke Besut hari tu. Boleh la jenguk adik badik Mek kat sana gak aku kata. Mek teruja. Cepat2 mek suruh aku telifon adiknya beritahu yg dia mahu pulang kesana!!! Disuruh ayoh pergi jenguk buah pisang kebatu dan buah nangka madu belakang rumah utk di buat buah tangan. Jam 4 petang, kami memulakan perjalanan ke Besut dgn hati girang.

Perjalanan agak perlahan bila masuk area Pahi menuju bandar Kuala Krai. Kereta berderet2 depan belakang atas jalan raya. Ditambah dgn hujan renyai2. Jam 5.30ptg kami singgah di area MRSM Kuala Krai utk solat Asar. Sayang sungguh masjid yg kami singgah tu kemudahan nya amat2 daif, tambah2 utk org tua seperti Mek. Usai solat, kami teruskan perjalanan. Trafik bertambah teruk bila nak masuk bandar Kuala Krai menuju ke Machang. Sesuatu yg biasa bagi kami tapi luar biasa bagi Mek. Agaknya pening kepala dgn keadaan tersebut, ditambah dgn terkena hujan lebat masa kat masjid tadi, keadaan Mek beransur lemah lepas tu. Mek muntah!!!

Mek berkeras utk meneruskan perjalanan, tak bagi kami berhenti. Katanya dia baik2 saja, cuma mungkin tak tahan dgn suhu sejuk ekon yg bersilih ganti kami kena on off sepanjang perjalanan dan kereta yg terhenjut2 dek kesesakan jalan. Aku pon dah mula terasa sgt bezanya keadaan mek la ni sejak dia jatuh sakit kuat hari tu. Badan nya cepat lemah sekelip mata.

Jam 7.30 mlm kami singgah lagi sekali di area UiTM Machang utk solat Magrib. Sambil mahu memberi ruang pada mek utk refresh sebaik mungkin. Malangnya mek sudah melepek lemah di tempat duduknya dan berkeras takmo keluar langsung dari kereta. Masa kami gesa dia ke toilet utk bersihkan diri, tukar tudung dan berwuduk utk bagi dia segar sikit, beriya dia kata semuanya baik2 saja, cuma biarkan dia berehat dalam kereta. "Mek nok duduk sini jah, toksir tubik keto, penin tokleh jale ni...takpo lah...nati mek buat jamak...mek tunggu sini jah dale keto, g cepat solat nuh.." Aduhaii. Memujuk anak kecil lagi mudah dari memujuk orang tua.

Aku bagi tuala bersih yg dah dibasahkan dgn air utk mek lap muka pon ditolaknya. Bagi tudung bersih suruh dia tukar pon takmo. Minta plastik muntah utk dibuang pon tak dibaginya. Bagi bantal dan selimut pon ditepisnya. Bagi air pon dicebiknya. Nasib baik bila aku hulur minyak angin dia terima. hehe.

Namun, tumpah gak air mata aku usai doa solat Magrib tu. Ya Allah, Kasihani lah kedua ibubapa ku seperti mana mereka kasihani aku masa kecil...berikanlah mereka kekuatan dan kesihatan yg baik utk meneruskan kehidupan ni....

Perjalanan kami selepas persinggahan terakhir tu lebih mudah dan lebih selesa utk Mek. Kami  tiba rumah adik mek (yang aku panggil CIKMA) di Kg. Lampu, Besut tepat jam 9 malam. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mek pon terus segar bugar bila berada dalam rumah Cikma. Hilang lah sedikit resah kami.

Ini kira pengalaman pertama aku usung Mek bawak berjalan sama selepas kes tersebut . Mek ni kira kaki jalan, bawalah mana saja kederatnya cukup2 kuat. Sejauh Perlis, Johor Mek naik kereta, bas selamba je tak pernah pulak dia muntah2 mabuk or melepek gini. Ayoh lagi mencabar ikutkan nak layan kalau bab mabuk kenderaan ni.

Belajar dari pengalaman ini, trip ala baliknya aku ubah segala plan. Semuanya demi Mek. Mana boleh ikut kepala kami saja kalau itu boleh memberati urusan kesihatan Mek. Bukan mudah, tapi kami kena biasakan.

Memang byk yg aku pon kena belajar, kena berkorban seiring dgn kesihatan Mek. Mula terasa trip balik kg bukan setakat utk gembira bercuti berseronok jumpa org tersayang saja, tapi adalah memenuhi tanggungjawab pada semua orang spashlynya Mek. Mula terasa lelah antara memenuhi keperluan sendiri dgn keperluan semua pihak. Masa yg terhad tiap kali balik kg, tapi punya banyak hati yg perlu kami belai sepenuh jiwa dan kasih sayang kami. Moga Allah berikan kekuatan utk kami terus menangani nya dgn berhemah. InsyaAllah, aminnnnn.

Mek...cepat lah sihat.

Nanti boleh kita jejalan tgok lampu cantik kat I-City lagi. Ari tu Mek maghi tengok lampu jah, belum masuk rumah sejuk depa lg. Takyah g Korea Mek, kito main salji sama2 dalam tu nanti!!!


Takkan Mek toksir doh maghi rumah Ina, Mek tok ingat ko sofa peberet Mek ni...tapi tadok doh la sofa Mek suka lepak ni. Takpo, Ina dah tukar sofa baru utk Mek. 


Boring lepak rumah Ina, jum kita g Melaka!! Mek suka sgt Melaka sbb situ byk sejarah Mek kata. Mek panjat bukit St. Paul tu kalah Ina yg manjang semput kat belakang Mek.


Mek oh mek...Ina doa kan Mek kembali sihat walafiat seperti dulu. aminnnnn.

1 comment:

  1. Mcm tu le org tua Kaksu. Mak bai pun dah xlarat nak jln jauh. Kalo dulu adik bai umur 25 tahun semput dulu masa jln kat nilai 3. Tp masa g singapore hari tuh mmg dia nampak fragile sgt, sampai mrh time adik bai sesat cr tempat. Time jln kat tepi sungai yg ada patung merlin tu pun dia xmo jln dah. Nak duduk jek. Mmg pasni kena prepare byk le kalo bwk dia. Kena santai dan byk aktiviti relaks. :)

    ReplyDelete