Friday, 8 June 2012

Musim orang kawen

Cuti sekolah adalah jua musim org kawen. Itu pasti.

Di musim org kawen ni, dalam byk2 jemputan, jemputan yg paling bermakna adalah dari member Kelab Isteri - LINOT. Alhamdulillah, tumpang gembira utk sahabat kami nan sorang ni yang pernah melalui saat2 getir nya. Satu ketika dulu, beliau pernah diuji bila suami yg amat dikasihi, yg sihat walafiat tetiba di ragut dgn perkhabaran menghidap kanser tahap 4. Selepas itu, kehidupan seakan berpusing 360 darjah!!! Lelah nya mengharungi detik demi detik, berat mata mandang berat lagi bahu memikul org kata.

Begitu lah, bila Allah telah memilih kita utk di uji. Takdirnya tak terjangkau dek akal kita, dan apa kudrat kita utk melawan nya bukan? Dalam keterujaan yg lain nak menyambut raya tahun tersebut, semuanya sudah tiada makna apa buat Linot dan anak tunggalnya Zafri. 1 Syawal yg hadir menjadi sejarah tercatat bila disambut dgn kehilangan seorang suami yg amat dikasihi selama2nya. Alfatihah utk arwah Anjang.

Barangkali sudah kering air mata nya menangisi takdir, kini berbahagia lah sahabat. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita. Dan pastinya pintu lain bahagia itu masih terbuka walau pintu yg satu itu sudah tertutup rapi.

Selamat Pengantin Baru. Moga bahagia sampai hujung nyawa.

Jemputan lain yg sempat pergi adalah masa balik kampung hari tu. Anak sepupu cik abe. Dok berangan nak amik gambar menu kenduri, nan ado. Ralit dok makan, serah kamera kat Cik Abe, berlapang dada saja tengok semua hasil gambar yg ada. Ini yg paling ok dia ambik, so kasi tepek.


Masa balik kampung hari tu, cuaca nya membahang menyengat di siang hari. Kasihan melihat pengantin dok menahan panas dalam persalinan yg berlapis2. Being a bride, walau camno tak selesa, muka kena kontrol lawa sokmo. hehe.


No comments:

Post a Comment