Thursday, 7 June 2012

Bila mak sedara jadi kwn sepermainan

Seingat aku zaman kanak2 aku paling happening di kampung halaman Mek dan Ayoh, sebelum pindah ke Gua Musang. Kehidupan di kampung halaman lebih santai dan meriah, manakala kehidupan di Gua Musang pulak lebih mencabar dan agak suram. Ada banyak perbezaan di situ.

Sempat merasai detik manis bergelar anak kecil di kampung halaman dari lahir sampai usia 8 tahun. Aku lahir di kampung Pulau Sa, daerah Pasir Puteh, Kelantan. Kampung Ayoh. Aku lah sesatu anak Mek & Ayoh yg lahir di sini, abang dan kakak semuanya lahir di kampung Lampu, daerah Besut, Terengganu. Kampung Mek. Dan aku adalah anak bongsu depa tatkala itu. Zaman membesar aku byk di habiskan di Kampung Pulau Sa itu lah, di rumah Tokwan. Masa tengah galak berkawan, dah pandai ada best buddies yg kulu kilir dok bersama main polis sentri, main pondok2, main baling selipar, main lumba upih pinang, main batu selambut...tetiba semua tu harus ditinggal pergi bila Ayoh dapat tawaran menjadi peneroka KESEDAR di Gua Musang yg jauhnya berbatu2 dari kampung kami masa tu. Tempat yg diklasifikasikan tanah terbuang buat org2 yg terbuang jugak.

Sebut saja Gua Musang, serasanya takda apa yg indah utk dikabarkan, namun terpaksa gak kami berhijrah demi masa depan keluarga kata Ayoh. Masih ingat, Mek lah insan yg paling gembira dgn hal ni. Mana tidaknya, tawaran ini bermakna Ayoh bakal sentiasa berada bersama kami. Barangkali Mek sudah puas menjeruk rasa bila Ayoh terpaksa berpergian sejauh ke Singapura utk mencari rezeki. Bila ayah berpergian, Mek agak rajin pulang ke kampung nya di Besut tu. Barangkali hidupnya lebih selesa dikelilingi keluarga sendiri utk membantu menjaga kami bersama2. Bagi kami pulak, bila balik ke sini, kwn2 sepermainan adalah adik2 Mek yg hampir sebaya dgn kami 3 beradik masa tu. Oh ya, Mek adalah anak sulung dlm keluarga.

Hubungan kami sgt2 akrab. Dek tiada sgt perbezaan usia dan akrabnya kami, kami lebih selesa  dgn panggilan nama masing2 saja. Tiada panggilan ikut pangkat spt kebiasaan. Percakapan pulak 'aku-kau' mcm kekawan walhal pangkat mak/pak-anak saudara!!! Pahtu Mek didik kami supaya panggil elok sikit, jgn panggil nama saja, tak molek org dengar. So, taruk lah pangkal nama "CIK" kat depan nama masing2 - CIK LI, CIK MA & CIK JE...tp bila bercakap still takleh ubah dari ber'aku-kau'. Haha...masing2 lak sekepala pangainya, asal jumpa jer dok kuk-kik-kuk-kik tak henti. Dari dulu sampai la ni. hehe.

Ingat lagi masa mula2 kawen dgn cik abe, dia amat lah pelik dengar kami borak. Lebih pada kwn rapat bukan mcm anak sedara. MIL aka Mek Minah lg la, siap tegur aku kenapa ckp 'aku-kau' dgn mak sedara, tak elok!!! adehhhhh....tapi la ni Mek Minah pon dah boleh paham.

Ni dia my lovely Cik Ma, mak sedara...Since arwah Mok dah meninggal, dia lah jd galang ganti tempat kami tumpang bermanja dan berteduh tiap kali balik kampung di Besut.



Ini bukan rumah pusaka arwah Mok. Tapi di sini byk kenangan saat2 akhir arwah Mok sebelum pergi meninggalkan kami. Cik Ma lah yg tekun menjaga arwah bertahun2 di sini. Rumah pusaka Arwah Mok kami terletak di pinggir Sungai Besut. La ni ada jeti pendaratan ikan di situ, meriah lah kalau nak beli ikan yg segar.




Bila arwah Tok Ayah meninggal dan Mok (nenek) diserang angin ahmar, kami pindahkan Mok ke rumah sini. Rumah ni dibina oleh Ayoh Ngah kami utk kemudahan musim banjir benornya. Tiap kali musim banjir, rumah pusaka Arwah pasti akan dinaiki air dan disinilah kami selalu pindah buat seketika sehingga banjir surut.

Beranda nya luas dan lapang menjadi port peberet kami anak banak dok bersantai di tiup angin pantai menderu2. Kat sini nama tempatnya kampung BERIS. Beris tu maknanya BENTENG iaitu tempat yg agak tinggi tak dinaiki air pasang. Area sekitar sini jugak byk perusahaan keropok kecilan.





Ni area belakang rumah. Dulu Ayoh Ngah rajin menanam Dragon Fruit, la ni dh tadak dh la. Tinggal 2,3 pokok je hidup segan mati tak mboh. tanah keliling memang luas, jenuh gak nak menten Cik Ma cakap.


Dulu masa kekecik tak suka sgt bila kena pindah rumah ni. Terasa terang lapang sgt area nya, dah biasa duduk rumah pusaka sana yg rimbun dgn pelbagai pokok keliling rumah. Dah la dulu, area sini tak byk lagi rumah yg ada, agak menakutkan bila memalam kami hat kecil2 ni kena tinggal dek org tua yg kena berjaga time air pasang besar. Masa tu pakat duduk berhimpit kat bucu memana dgn berselubung kain selimut, dok dediam nampak mata saja.

Tiap kali balik ke sini, pasti hati tersentuh dengan nostalgia. Spashly semasa hayat arwah Mok masih ada. Bila dah hujung2 usia arwah Mok, Arwah Mok selalu kompius ingat aku ni anak bongsu dia, walhal aku ni cucunya!!! hehe...aduhaii...bergenang sudah air mata bila teringat arwah. ALFATIHAH utk semua org yg disayangi yg telah pergi meninggalkan kami.

No comments:

Post a Comment