Friday 29 June 2012

Treasure Hunt in Singapore


Lawatan ke Singapura ini ikutkan bukan lawatan biasa mengenal negara orang. Tapi lebih kepada mengenal shoping complex kot. haha. Memang tujuan nya sengaja di plan begitu sempena Singapore Great Sale 2012. Namun sambil menyelam minum air org kata. Sempat lah jua melihat panorama Singapura sepintas lalu dalam perjalanan kami. Tetap lah jua merasa ' walau hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lagi baik negara sendiri..."

Singapura berbeza sedikit dari Malaysia dari segi kebersihan dan kehijauan bandar nya. Ketara benar negara ini begitu mengambil berat soal tersebut. Tapi pengalaman memasuki tandas di komplek LUCKY PLAZA rupanya tidak lah jauh beza sgt dengat tandas awam di Malaysia. huhu.





Utk cerita lebih lanjut pasal trip kami, boleh singgah di rumah KAK INAZZ ni.

Sedikit info Trip berkereta sendiri ke Singapura

1. Utk save bajet, pasti kan kenderaan dalam keadaan FULL TANK sebelum memasuki Singapura.

2. Sila bawa dan ON GPS. Sangat2 membantu bila memandu di Singapura

3. Jika kali pertama memasuki Singapura dgn kenderaan tersebut, jangan lupa bawa salinan GERAN KENDERAAN.

4. Bila sampai di check point, hanya tunjuk kan passport dari dalam kereta saja ala2 drive-thru. Akan di bagi 'white card' utk kita isi dan mesti di kembali kan terus pada ketika itu juga.

5. Bagi yg belum ada Auto Pass, sila beli AUTO PASS di area situ selepas check point. Just alert signboard utk tujuan ini. Salinan Geran kereta diperlukan utk urusan ini.

6. Auto Pass ini adalah kad yg digunakan utk urusan bayar parking dan tol di Singapura. Utk starter card, kos nya SGD10 iaitu SGD 6 utk harga kad dan SGD 4 utk nilai sedia guna. Auto pass ni boleh kita 'top-up' di memana cawangan 7-11 paling mudah.

7. Pastikan nilai Auto pass kita sentiasa mengcukupi dan pastikan ada BAKI SGD1.60 sebelum balik semula ke Malaysia utk di tenyeh di tol check point Singapura. Auto pass ini boleh simpan bebila perlu jika pergi ke Singapura lagi.

Info lain berkaitan

1. Toilet di Singapura tiada kemudahan paip air di dalam toiletnya. Sila bawa botol kosong utk isi air bagi kemudahan utk berintijak dgn lebih selesa.

2. Tidak semua kedai makan sediakan Makanan HALAL. Be alert.

3. Di LUCKY PLAZA boleh dapati souveniers pilihan dgn harga munasabah dan byk pilihan. T shirt 3 helai SGD10, fridge magnet 5 ketui SGD10, beg soping (printed singapore) 3 biji SGD10. Di sini juga byk di jual minyak wangi. Kalau di Mustafa Centre katanya penuh sesak dgn foreigner Bangladesh dan Nepal, kompleks ini pulak adalah tumpuan para foreigner dari Filipino dan Indonesia.

4. Pasaraya TANGS dan TAKASHIMAYA adalah port wajib singgah bagi peminat barangan dapur berjenama Corelle, Vision dan Corning Ware. Lokasinya berdekatan antara satu sama lain. Boleh parking kereta di Lucky Plaza. Kadar parkingnya juga lebih murah katanya berbanding tempat lain.



Kami keluar Singapura lebih kurang jam 8 mlm. Perjalanan balik rupanya lebih mudah melintasi check point. Cuma tunjuk passport then touch and go Auto Pass saja. Masuk ke Johor Bharu kemudian sempat singgah makan di Danga Bay. Restoran Bawang Merah namanya. Kami memilih set meal saja, makanan nya tidak mengujakan ditambah servis yg agak teruk, sila pangkah kedai ini. hehe.

Jam 10.30 mlm kami teruskan perjalanan balik ke KL. Kali ini tidak singgah di mana2. Tepat jam 12.30 mlm 'jet' yg kami naiki selamat tiba di rumah Mashi. Alhamdulillah.

Hat ni hasil treasure hunt kami...adoiiii laa...pompuan kalau soping. hehe.



2 comments:

  1. hahhaha.....satu amazing race, satu lagi treasure hunt...

    ReplyDelete
  2. nak tye ye ttg bawa kenderaan ke luar negara tu kan......die nak salinan geran j ke>>> geran ori xbg xpe kan????? sbb sy punye knderaan xbayar hbis lagi.....geran salinan j ade r..boleh x bawa ke luar negara?????

    ReplyDelete