Monday, 8 October 2012

Bila demamnya berlarutan

Assalamualaikum Warahmatullah

Pagi tadi kasihan sungguh nak meninggal kan si tenit Auni di taska nya. Merengek dia pon tak mahu di tinggalkan. Since last week kesihatan nya tak berapa baik. Mula2 demam, dh baik demamnya kemudian batuk2 pulak sepanjang hari minggu kelmarin.

Pagi tadi nampak dah stat selesema. Gitu lah bila sakitnya asing2 datang peringkat demi peringkat, maka nak sihat bebetul makan masa sikit. Kadang satu pakej datangnya dgn demam, selesema dan batuk. Maybe bak kata orang tua sakit demam nak berkalih umur. Auni bakal sambut ulangtahun ke-3 nya hujung minggu ini.


Moga cepat sihat my dear. Nasib baik jugak di taska ada anak buah yang jadi babysitter nya. Agak berlapang dada sikit meninggalkan Auni di bawah jagaan MokHa nya yang amat rapat dengan anak2.

Makin tak sabar jugak nak balik kampung hujung bulan ni. Berkenduri kecil di hari raya di laman Tok Ayah dan Tok Mek ni.




Si Putih Tok Mek yang menjadi pujaan bila cucu2 balik. Di kelek, dikendong bak baby. Kadang di kejar ramai2 tak cukup tanah si Putih lari.


No comments:

Post a Comment