Wednesday 24 October 2012

Kerabu Nangka Kaknam Style


Assalamualaikum,

Dah mood cuti dah ni ikutkan. Hari ni pulun siapkan kerja mana patut. Esok maybe mahu kerja hapday saja kalau line clear.

Hari Isnin lepas ada beli nangka muda 1 pek kat Pasaraya Carrefour, ada dalam 3 juring isi nya. Dok terliur nak buat ulam cicah budu. Pahtu ada belen tak habis makan wat ulam, jadi lah menu kerabu nangka pulak malam tadi.




Aneka kerabu ni memang alltime peberet. Ratah abih semangkuk pon tak sedar. Macam2 cara nak buat kerabu ni kan? Biasanya kawe ikut resepi keluarga saja.

Bahan2 nya
1. Dua mangkuk isi nangka muda yang telah dicelur dan di siat kasar. Perah sikit air nya bagi sedikit kering.
2. 1 ekor ikan kembong atau memana ikan yang sesuai (selayang, sardin) yang telah direbus dan di buang tulang.
3. Santan pekat 1 cawan
4. Bawang merah kecil 5 ulas
5. Lada hitam 1 sudu makan
6. Cilipadi 5,6 biji sukati pedas nak tara mana di hiris nipis
7. Kacang panjang 3,4 kerat di hiris nipis.
8. Daun kesum 5,6 helai di hiris nipis.
9. Timun batang diracik halus.
10. Kerisik 2 sudu makan
11. Air asam limau nipis - 1 biji
12. Garam, gula


Cara Buat
1. Dalam 1 mangkuk besar, satukan isi nangka muda, kerisik, kacang panjang, timun batang, daun kesum dan cilipadi yang telah dipotong halus.
2. Tumbuk bawang merah bersama lada hitam dan isi ikan.
3. Masak santan sekejap bersama bahan tumbuk
4. Perasakan kuah dgn garam gula. Kalau pekat tambah air sikit. Kacau kuah santan sampai mendidih.
5. Tuang kuah santan ke dalam mangkuk bahan kerabu.
6. Gaul rata biar semua bahan bersalut kuah
7. Perasakan dgn air asam limau
8. Seimbangkan rasanya, sedia utk di makan.

4 comments: