Tuesday 6 November 2012

Aiskrim Malaysia perisa Strawberry ala Cameron Highlands


Assalamualaikum,

Malam tadi menjadi gak projek Aiskrim malaysia. Aku guna sepeket saja buah stoberi nya.



Buah stoberi kasi blender dengan air sampai hancur. Kalau boleh jgn hancur halus sangat, biar ada ketul sikit2. Sukatan air tu ikut suka lah. Macam aku buat ni, dgn buah stoberi sebanyak lam gambar atas tu, aku guna lam 3 cawan air masa blender. Masa dalam periuk, tambah lg 2 cawan air.


Masukkan gula utk manis nya. Biar manis sikitttt sebab kalau manis2 buah bila eskrem dah sejuk manis tu akan jd kurang manis sgt tak sedap jugak. Malam tadi aku taruk lam 6,7 sudu gula rasanya. Lepas tu jangan lupa taruk kordial perisa stoberi.

Aku guna perisa stoberi hat ni, stoberi blend katanya. Dapat lam hampers raya dulu. hehe.


Taruk perisa stoberi anggaran 1/2 cawan. Kalau suka boleh campur dgn perisa anggur atau oren sikit. Lepas tu didihkan lama sikit adunan tu. Tapi jangan sampai pekat. Agak2 semua dah sebati, test rasanya dh ok cukup manis, masam nya, DONE. Kemudian Sejukkan.

Guna plastik aiskrim Malaysia yang biasa tu.



Adunan stoberi tadi masuk kan dalam jug yang ada muncung sikit tu supaya senang nak tuang taruk lam plastik aiskrim.

Suka hati lah nak taruk byk mana air stoberi dalam plastik tu cuma pastikan jgn penuh sgt, tinggal ruang utk proses utk ikatnya. Tapi semoleknya taruk sikit sudah, anggaran pjg sejengkal saja dalam plastik. Masa nak ikat tu, pastikan plastik biar kembung tegang elok sebelum ikat mati. Lebihan plastik selepas ikatan tu boleh la di gunting buang nak bagi nampak cantik kemas.

Jangan lupa kacau air dalam jug tiap kali sebelum tuang dalam plastik supaya pati2 buah stoberi masuk juga lam plastik, takda la semua pati mendap ke bawah jug suma.


Dah siap semua, taruk dalam freezer.

Bila aiskrim dah mengeras elok, boleh laaaa makan.


Pagi ni, anak2 bangun tido je semua pakat terkam ke peti sejuk. Teruja nak tengok aiskrim nya. Lepas tu pakat sibuk pulak nak makan dan2 tu jugak.



So brekpes dgn eskrem la pepagi ni termasuk abah nya sekali. haha.

 

4 comments:

  1. lama dah tak buat eskrem mesia ni
    kalau buat..konfem buka peti ais 10x sehari
    tapi kalau buat malam masa diorang tido ok gak
    nanti nak letak dlm list..beli plastik eskrem ;)

    ReplyDelete
  2. Irfa...bab buka peti ais 10x tu sama la dgn bebudak ni jugok...haha..bertabah lah..

    ReplyDelete
  3. dah lama tak makan aiskrim mcm ni. ma ni selalu buat kat umah .

    ReplyDelete
  4. Pernah cuba buat sendiri tapi agak keras pulak..x mcm yg kat cameron tu..lembut

    ReplyDelete