Thursday, 1 November 2012

November...



...is here!!! Must get ready to be one year older, again. hehe.

Cuti sekolah pon bakal tiba tak lama lg. So far masih tadak plan apa2 for that. Aisyah dah selamat hantar buku2 teks sekolahnya awal minggu ni. Besok Jumaat katanya ada Jamuan kelas, sibuk dok memujuk rayu mama nya buatkan kek coklat utk di bawa nya. Dah itu je pon mama nya pandai buat, tadak kek lain dah kot dia boleh request. Tengok lah tahap kerajinan Mama kamu camno malam ni yer nakkk. Kalau tak, mama goreng kan keropok saja lah kot. Haha.

Weken ni lak program sekolah anak2 dah booking on sabtu dan ahad. Sabtu ada Hari Graduasi dan Konsert utk Tadika Ainaa. Ahad ke Sekolah Aisyah lak memeriahkan Hari Keusahawan Sekolah.

Minggu ni asyik menu daging je lah. Misi perabih stok daging korban yg tadak la byk sgt pon, malas ke kedai top up lauk basah pon yer gak minggu ni.

Daging goreng kunyit, daging msk kicap...Malam tadi buat gulai daging lak.

 
 

Bubuh skali terung yang Ayoh petik fresh dari pokok depan rumah time kami dah nak naik keta balik KL. Guna rempah kari daging cap Baba's 2 sudu campur dgn rempah cap Rose 1 sudu. Buat tak pedas sgt, anak2 pon pulun makan sama. Daging nya pon lembut.



Kalau dah lauk gulai gini salu takyah dah masak lauk lain lagi kat rumah ni. Buat sambal lado, Gorengkan ikan masin sikit, ada ulam sikit jadi lah. Telur rebus or telur goreng mata dah kira menu wajib atas meja for anak2. Tapi kadang telur rebus tu kami wat cicah dalam budu pon sodapp!!!


 
ehh, last minit ada goreng sayur campur sikit. Edisi perabih stok sayur beli atas Cameron ari tu. Pahtu rebus jagung as kudap2 lepas makan.


Jagung ada sikit lagi tu. Ingat nak buat bubur lah malam ni. Asyik ingat makannnnnnnn je ni pesal.

No comments:

Post a Comment