Thursday, 1 November 2012
The most favourite port kat rumah Tok Mek...
...adalah di dapur, spesifik nya di meja makan usang ini yang tak penah kosong, kosong, kosong. Tambah2 kalau masa abih anak banak balik kampung, kemas elok sekejap saja lepas tu macam2 ado atas meja tu. Kadang bila ada yang beriya kemas, Mek siap tegur "biar lah situ, nanti ada yang nak makan, nak guna, senang..."
Duduk lepak2 sambil borak, bercerita apa saja sesama kami. Yang nak makan sila makan, yang takmo makan pon join jugak. Tak cukup kerusi sila bersila kat bawah yer.
Dapur Mek konsep nya terbuka. Dari luar laman depan, ada 2 pintu utama Mek sedia kan. Satu utk naik terus ke bahagian 'ibu' rumah. Satu lg pintu terus menuju ke dapur ini. Dan salunya tamu Mek prefer pintu ke dapur ni terus.
Masa nak baiki dan extend dapur dulu, memang Mek very particular bab ni. Minta di adakan pintu dapurnya menghadap laman utama setentang dgn pintu utama rumah. Pahtu nak pintu besar takmo pintu kecik cam pintu bilik tu. Mula2 aku tak setuju gak, takut kacau privacy isi rumah aku kata. Tak best la org mai terus nampak dapur. Kdg time kita masak ke makan ke bukannya pakai senonoh sgt pon kan duduk rumah sndiri ni. Dan dapur tu bukannya salu kemas elok pon.
Mek cakap dia mahu kan sebuah dapur yang HIDUP sentiasa. Bukan takat meriah time masak2 or time makan saja. Maka akhirnya, wujud lah dapur idaman Mek. Walau tak mewah dgn peralatan dan perkakasan yang GAH, namun Mek paling bahagia di ruang ni. Di satu sudut lain di dapur ini juga, disiapkan ruang utk melunas hobi menjahitnya. Sesekali Mek juga solat dan mengaji Quran di satu sudut yg lain di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment