Sunday 4 November 2012

There was happy and sad day...

...on our Saturday.

Ainaa kemain seronok pagi Sabtu ni. Ada acara konsert tahunan sekolahnya, menjadi lebih manis utk senior seperti dia sebab ada Graduasi.



Untuk konsertnya, Ainaa terlibat dgn lagu Tamil. Persalinan bajunya disediakan oleh pihak sekolah. Kalau suruh Mama yg sediakan, rasanya tak terbeli kot baju gini. Cantik juga bajunya, tp material nya tak baper selesa. Nasib lah pakai pon sekejap saja for that day.

Mama tacap sikit muka Ainaa biar nampak berseri sikit for her concert. With limited skills and stuffs, I am done with 'colouring' her face. Yg penting, she satisfied and happy with the result. Berani kamu x suka??? haha...

 
 
Aisyah pon nak tumpang sekaki Mama mekap kan. Sudahnya mata yang buntang jadi nampak sepet. haha. Ntah2 apa mama ni. Org mekap nak kasi besar, bundar mata. Mama mekap kan terus jd mata sepet!!!
 

 

Before off to tempat konsertnya, sempat singgah bekpes jap layan roti canai. Auni kalau roti canai telur boleh abih sekeping dia makan sorang.


Sampai dewan konsert jam 9 pagi. Sama je tempatnya dgn tahun lepas di Dewan Sekolah Wawasan USJ 15. Nothing much to expect for this events, macam  tak ada improvement je dari segi pengendalian majlis dan aturcara majlis. Berlapang dada saja. Yang penting pelajar suma happy and ada kenangan manis for their kindergarden phase.



And this is acara Ainaa. Nari gelek2, goyang2 rupanya. Patut laa jenuh suruh dia tunjuk demo camno dia kena nari for konsert, mati2 takmo tunjuk depan kami. haha. Malu katanya.


Ainaa at back row. Hamboihhh dpt partner mamat rambut pacak yer...



Mama tengok kat list acara, Lagunya tajuk "BILLA'. Soheh la mama x pernah dengar lagu ni. Maybe lagu tengah pemes ni kot yer lam carta depa.
 
 

Then, saat yang ditunggu for murid umur 6 tahun - pakai jubah & topi konvo. Alhamdulillah and Tahniah my dear.


Usai majlis lebih kurang jam 1pm. Ala balik, kami singgah di Giant Putra Heights for little shopping and lunch. Lepas siap makan, cik abe stay with anak2 kat Games space. Aku lak terus ke Kedai Anakku di level bawah mencari hadiah utk anak kawan. Sempat ingatkan cik abe more alert jaga anak. Knowing him yang sgt2 particulars bab anak, tak byk yg aku perlu risau kan pon.

Santai lah aku pon doing the shopping, It's always heaven kalau tiba bab shopping baju baby ni kan? Setel beli brg kat situ, sempat lg aku jengah2 kedai sekitarnya. Agak lama jugak dok santai2 sambil menanti cik abe turun dari level atas with anak2. Dah boring tu, terus la tepon cik abe tanyakan. Alih2 dia pulak tanya aku " AUNI DENGAN AWAK ke?..." AHHHHHHHHHH SUDAH!!!

Cepat2 aku meluru naik ke level atas, biar betul Auni tadak lam jagaan cik abe? gelap seketika dunia. Ya Allah. Cik abe cakap dia tinggal kan Auni with Aisyah seketika sementara dia tukarkan token mainan kat kaunter. Dekat situ je pon. tapi aku agak dia tinggal kan Auni gitu je tanpa Auni tengok abahnya pergi mana. Auni tgh ralit main masa tu katanya so dia pesan kat Aisyah. Aisyah lak maybe pergi mainan kat sebelah situ kejap tinggalkan adik dia main sorang2. Yang Auni lak bila dh abih main, stat mencari suma org sampai ntah mana2 dia pergi. Cik abe balik semula kat tempat mainan tu tengok2 anak dah tadak!!!

GILA. Rasa nak menjerit kuat2. Mana anak aku?????

Then, aku recall masa tgh santai jengah kedai kat bawah aku ada terdengar pengumuman anak hilang. Wonder that is my doter?? Ya Allah, mudah2 mudahannnnnnn ya Allah. Laju kaki aku seret ke kaunter info. Cik abe lak ntah mana dh dia pergi mencari anak. Dalam aku laju2 jalan tu ada sorang lelaki tegur.

"akak cari anak hilang ka?.."

Yer dikkk...ada nampak tak, budak pompuan kecik umur 3 thn pakai baju, suar biru?..
macam bertih aku menjawab. Dada terasa ketat seketatnya. Mata seakan kelam. Badan mahu rebah.

"saya dengar ada pengumuman tadi. rasanya dh betul kot budaknya tu. Cer akak pergi tgok.."
hahh...sama lah pengumuman aku dengar gak td.

 Sesampai kat kaunter info, SAH AUNI!!!

Elok je dia tak nangis ke apa, dikelilingi staff Giant masa tu. Include sorang mat salleh, Store Manager katanya. Dalam gembira dah jumpa anak, hati sebal mengingatkan kelalaian kami. Whatever reasons nya it should NOT happen, ever!!! and walau anak hilang di bwh jagaan pihak suami, namun IF somethings worst happen, tetaplah kesilapannya di kami berdua. Kesilapan yang boleh membawa gundah gulana seumur hidup.

What am I without this child? my treasure, my breath, my everything...


 
Auni was about 10 minit hilang from us. 10 minit seakan bertahun rasanya menanggung seksa. Masa mula2 kami jumpa dia, Auni nampak ok tp mukanya seakan kompius. Ku peluknya ketat2, just say that everythings was fine and we love her very2 much.



Terus lah kami balik lepas tu. Tak sampai 5 minit kemudian, Ainaa lena dalam pangkuan. Letih maybe dgn pengalaman baru nya kali ini. Kejap sungguh dia pegang peluk plastik jajan yang di beri oleh staff Giant tu.



I bet that jajan was her strength bila dikelilingi org yang dikenali. The jajan always be a jajan, we dont have to put much trust on it compared to people yng tak dikenali around her masa tu. Ntah la. So sad bila tengok muka dia tgh tidur tu.

Alhamdulillah, I am very lucky enuff bila dapat melihat his face again.

My dear, Dont you dare go far away from us...



1 comment:

  1. huhuhu..seriauuu anak hilangggg

    aisyah..aina..da besar..makin comel

    ReplyDelete