Friday 28 December 2012

Kalendar pilihan...


...untuk tahun 2013.

Assalamualaikum,

Tiap kali hujung tahun begini, antara benda yang seronok kat my opis adalah memilih kalendar masing2 untuk kegunaan tahun baru. Pilihan kalendar memang agak banyak hasil pemberian dari suppliers dan kontraktor kami, boleh jadi rambang mata kadang tu. Macam2 patern, macam2 style ada tapi tak semua nya memenuhi keperluan standard dalam sebuah kalendar yang bagus.

Bagi aku keperluan standard bagi sebuah kalendar yang bagus perlu ada ciri2 begini :

1. Ada tercatat kalendar Islam skali
2. Senarai cuti2 seluruh Malaysia
3. Cuti sekolah ditanda dengan jelas dan tepat
4. Layout yang terang, jelas, takyah sampai nk jegil mata dekat2 or luas2 nak telek.

Dan adalah bonus pada aku jika dapat kalendar yang turut ada ciri2 ini.

1. Ada paparan bulan lepas dan bulan depan di page bulan semasa. Cth, di page bulan Februari, kat tepi2 tu terselit gak kalendar bulan Januari dan bulan March. Takyah nak main selak2 depan belakang.
2. Boleh recycle the kalendar page due to their interesting design

Tahun ni kalendar from PLUS jadi pilihan kawe. No doubt. hehe.


Petang semalam sampai2 je rumah, jiran mai bagi ni. Waaaahhh, cantik nya kalendar meja PLUS tahun ni. Terus berkenan. Dalam banyak2 kalendar yang sampai kat opis ni, kalendar pemberian jiran gak yang jadi pilihan.


Dicetak atas kertas mesra alam. Macam jatuh cinta pandang pertama bila dapat kalendar ni. Terus ambil simpan sebelum anak2 claim depa punya!

Belakang setiap page kalendar ni ada lukisan2 yang sangat2 menarik dan tertarik. Tu yang kena sorok cepat sebelum anak2 pasan.





Tunggu Mama nya dah abih guna baru boleh leraikan page tu bagi pada dorang.

Untuk rumah lak, kami guna kalendar 'kuda' ni je tapi kudanya tadak lah. hehe.


Kelabu asap lak gambarnya. Kalendar ni kami beli from surau area rumah kami. Menarik gak kalendarnya, penuh dengan info berguna untuk Muslim.

So, apa lak pilihan kalendar korang?

No comments:

Post a Comment