Friday 28 December 2012

Hak bermain...


...adalah hak kami.

Waahhhhh. Macam munyik satu iklan tuuuuuu je kan.

Dah pernah aku cerita pasal anak2 yang ada geng kayuh depa pepetang area rumah. Selalunya bila anak2 nak bermain basikal, kami para penjaga ni akan take turn jadi pemerhati. At least sorang penjaga kena dok luar kat situ untuk tolong tengok dan jaga anak2 kami.


Anak2 kami semua masih kekecik, wajib lah kena perati tengok even trafik laluan lorong kami ni tidak lah sibuk mana pon. memang sesuai untuk aktiviti berbasikal. Tapi ada gak sesekali melintas kereta or motosikal yang di pandu secara 'malaun'. Sesekali ada gak kami ke taman bawa geng kayuh ni bermain kat sana.

Bila time anak sendiri main basikal, memang kawe sangat alert dengan kereta or motosikal yang nak lalu ke situ. Dari jauh kalau nampak tu sesiap suruh anak2 suma ke tepi dan waspada. Alhamdulillah so far tadak kejadian yang diingini. Salu lah berdoa moga pemandu kereta tu pon alert dgn anak2 yang bermain ni.

Alih2 kawe pulak yang di uji.


Ni kejadian a few days back.

Masa ni baru lepas ambil anak2 kat taska dorang. Tak sampai seminit kawe drive, tetiba je muncul basikal meluru keluar dari lorong taman di belah kanan. Kemain laju lak tu. memang tak sempat nak brek lah. Mak aiii. Kejung kejap kawe lam kereta.

Cecepat keluar keta gi cek budak tu dengan gegel2. huhu.

Masa tu memang jiran2 yang dok bersidai kat luar rumah masing2 pakat terpa mai tengok gak. Allah, nasib baik la budak lelaki tu ok. Alhamdulillah. Cuma terjatuh, calar kat tapak tgn tergesel sikit dengan tar jalan. Aku cek satu badan dia kot ada apa2 yang cedera. Anak orang wehhhhh. Kalau jadi apa2 mati aku! Bila dh pasti semuanya OK, baru lah hilang cemas mai rasa nak membebel pulak. haha.

Dah besar dah budaknya, maybe darjah 6 or form 1. Dia kata lupa nak tengok kiri kanan sebelum lintas jalan. Aku saspek dia main kejar2 dengan kawan dia. Bertuah.

Jiran2 yang jadi saksi kejadian pon pakat tumpang bebel ke budak tu. Nasib baik gak kawe drive slow je. Memang salu alert pon kalau pandu kat area lorong2 situ. Nak2 kalau belah petang memang ramai budak2 yang bermain sekitar rumah masing2, mcm kawe dengan geng kayuh lah jugak.

Sampai rumah baru rasa nak cek kereta kawe. Selamatttttttt.


Bergarit sudah, and hujung tu terkopek sikit catnya. Aduhai. Kasi polish maybe boleh hilang kot hat bergarit tu.

No comments:

Post a Comment