Monday, 29 July 2013

"Ketam hilang bang..."


Assalamualaikum,

Ramadhan dah masuk hari ke-10 terakhir dah. Alhamdulillah. Rutin sepanjang bulan ini pon dah makin sebati, yang pasti akan dirindui bila Ramadhan berakhir nanti. Aduhai. Moga mana yang baik dan bermanfaat itu mampu kami istiqamah kan. Aminnnn.

Cuti hujung minggu semalam paling seronok bila dapat cuti 3 hari berturut-turut. Berjaya langsaikan mana patut terutamanya bab persiapan raya anak-anak. Berbelanja yang kadang boleh membuat kita urut dada tengok nilai yang perlu dibayar.

Hari sabtu kami adakan majlis buka puasa sesama adik beradik yang tinggal sekitar sini. Kami berlima beradik sebenarnya, namun 4 beradik saja yang berkumpul di rumah my kakak di Subang Bestari nun.

Menu utama - bubur lambuk Mek style . Disediakan oleh my kakak yang punya air tangan setara Mek. Puas hati makan. Kawe cuma masak mee goreng dan lauk ikan singgang. Itu je yang rajin.

Sebelum ke rumah kakak, kawan my Cik Abe mai hantar ketam ke rumah. Besar2, hidup2 lagi. Rezeki. Cik Abe hantar ke rumah jiran 2 ekor. Lagi 3 ekor disimpan dalam tong putih kat yard belakang. Balik dari sana, tengok ketam masih ada dalam tong nya.

Bangun sahur lepas tu, pergi jenguk tengok dah tinggal SEKOR!!! 2 ekor dah hilang. Soheh merayap keluar tong memalam tu. Gigih ko yer ketam panjat tong tu. 

Bila dah cerah pagi sikit, Cik Abe rajin pulak pergi susur cari ketamnya. Risau kot termasuk rumah jiran, ada gak kes tersepit ketam bulan puasa ni. Jumpa sekor!!! Jauh gak lah ketam tu merayap. Bebel-bebel Cik Abe kat ketam tu tanya kenapa suka lari dari rumah. haha.

Yang sekor kawan nya tu sampai sudah tak jumpa. Dah jumpa tu, terus lah kawe masak ketamnya. Takut hilang lagi.




  Ketam pulang ke gagang nama resepi nya. 

Thursday, 25 July 2013

My pregnancy this week - 17 weeks


Assalamualaikum,

Baru balik dari klinik untuk Check-up. Hari ni sekejap saja rutin nya. Ambil timbangan berat badan dan urine saja. Alhamdulillah semua ok walau tekanan darah (BP) agak rendah. Bacaan nya 90/60 tadi. Mungkin sebab puasa kot. Berat pon turun 1kg from last month. Not good actually doctor said but again dimaafkan sebab puasa katanya. hehe. Takpa, masa masih panjang. Banyak masa nak gain weight idaman. haha.



Hajat tadi nak buat blood test terus, tapi since BP low, tunda bulan depan baru buat. Hopefully semua ok jugak tang tu nanti.

Esok cuti 3 hari deretttttt. Oh syurga. Jom soping raya!!!






Tuesday, 23 July 2013

Ramadan - Day 14


Alhamdulillah for another day in this Ramadhan.

Petang semalam balik rumah melepek giler. Penat sangat lah konon kot. Terus hilang mood nak masak. Nak jengah dapur pon malas. Cik Abe sampai rumah terus ajak pergi Pasar Ramadan (Param) mencari juadah berbuka. Tak sangka pulak Cik Abe kemain seronok nak bawak bini nya ke Param. Hamboihhhh bang, dah cemuh kaaaa saya dok masak sokmo?...kihkih.

Sahur tadi buatkan beger saja. Semua orang dah mula cemuh nak makan nasi. Ok gak, lagi senang kerja kawe.


Hari ni mood ceria je kat opis kawe. Almaklum gaji dah keluar. Bagus pulak mood bos apek hari ni. Hari tu suruh release gaji dulu, bonus kendian2. Tadi disuruhnya kawe release dua-dua. Alhamdulillah.

Agaknya dapat hidayah malam tadi terus dibagi tarikh hari ini untuk release bonus sekali arung. Kawe pon dah 'penat' simpan report bonus ni. Jangan memain, meja kawe sejak akhir2 ni jadi hotspot gitu among the staff. Pantang lepa, ada saja yang suka bersidai menempel kat meja sambil mata meliar, jari membelek nak tengok suma dokumen atas meja kawe. Bertuahhhhhh.

Monday, 22 July 2013

Hadiah lagi...


Wahhhh...hari ni topik hadiah2 saja kah?...

Berkat bulan Ramadan. Murah rezeki. Alhamdulillah.

Panas-panas lagi ni. Baru sampai. Nampak je sampul suratnya, terus tersengeh gembira.


Yang dijanji dah muncul. Yang ditunggu dah tiba. Jeng jeng jeng.


It was sent from very sweet thought of Happy Irfa !!!

Aduhai, rasa syahdu lak tetiba bila terima tanda ingatan sebegini. Blog yang ntah apa2 yang jarang ber'update' ni boleh jadi antara singgahannya. Dan Mek Happy Irfa ni memang pengomen tegar blog marhaen kawe ni. Patut kawe yang bagi hadiah padanya yang rajin tinggalkan jejak kat sini, tapi sebaliknya pulakkkkk.

Timo kasih wehhhh demo. Mugo silaturrahim kito berpanjangan sokmo. Aminnnnn.




Hadiah...


'HADIAH’ KESIHATAN UNTUK BERPUASA

Alhamdulillah, kita telah memasuki hari ke 13 berpuasa. Telah banyak penelitian yang menyebutkan bahawa puasa memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Suka dikongsikan 'hadiah' kesihatan ketika berpuasa untuk manfaat bersama.

1. MAKAN KURMA

Kurma adalah makanan pembuka yang sering dihidangkan saat berbuka atau sahur. Salah satu aspek paling penting dari puasa adalah mendapatkan jumlah tepat energi dan nutrisi. Dan kurma adalah makanan terbaik yang menyediakan serat yang sangat diperlukan tubuh, yang akan membantu meningkatkan pencernaan dan menjaga kesihatan kita selama puasa.

2. MENINGKATKAN KEMAMPUAN OTAK

Para ilmuwan di Amerika mengesahkan bahawa puasa dapat meningkatkan faktor neurotropik yang diturunkan dari otak, yang mendorong tubuh memproduksi lebih banyak sel-sel otak, sehingga dapat meningkatkan fungsi otak. Demikian juga, penurunan jumlah hormon kortisol, yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, membuat seseorang dapat menurunkan tingkat stres semasa dan selepas Ramadan.

3. MENGURANGI TABIAT BURUK

Ramadan adalah waktu yang tepat untuk mengubah gaya hidup tidak sihat dan pola makan yang buruk. Sewaktu berpuasa, kita juga boleh menghentikan kebiasaan buruk seperti merokok dan makan makanan manis serta ‘fast food’

4. MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL

Orang berpuasa menikmati kesan positif dari adanya pengurangan kolesterol dalam darah. Kolesterol rendah meningkatkan kesihatan jantung, sehingga seseorang dapat mengurangi risiko menderita penyakit jantung, serangan jantung, atau stroke.

5. MENDETOKSIFIKASI TUBUH

Puasa dapat mendetoksifikasi tubuh dari racun yang ada dalam tubuh. Kita dapat mendetoksifikasi sistem pencernaan dalam satu bulan. Ketika tubuh mulai memakan cadangan lemak untuk menciptakan energi, itu akan membakar setiap racun berbahaya yang mungkin hadir dalam timbunan lemak di tubuh kita.

6. MENYERAP BANYAK NUTRISI

Metabolisme akan menjadi lebih efisien, jumlah nutrisi yang diserap dari makanan semakin besar. Hal ini disebabkan peningkatan hormon yang disebut adiponectin, yang diproduksi oleh kombinasi antara puasa dan sahur, sehingga memungkinkan otot untuk menyerap lebih banyak nutrisi.

7. MENGAWAL BERAT BADAN

Puasa membuat kita lebih mudah menurunkan berat badan. Kita tidak perlu melakukan diet ekstrem untuk menurunkan beberapa kilo berat tubuh kita. Kita hanya perlu makan secukupnya makanan sihat selama berpuasa.

Inilah antara tujuh ‘hadiah kesihatan’ yang menakjubkan dari puasa yang kita tunaikan.


Sumber : FB Datuk Dr Maznah Hamid

Friday, 19 July 2013

Bonus raya ada tak, bos?....


Assalamualaikum warahmatullah,

Baru lesai weekly meeting kat opis. Bos apek tak update apa pon pasal Cik Bonus. hahahampehhh. Belum ada hidayah lagi kot bila nak release. Kena jampi lebih sikit ni napok gayanya. Jampi kat diri sendiri je laaaaaaa...huhu.




Yang pasti gaji bulan ni diawalkan sikit dari biasa. Elok lah kan, dapat gaji awal habis pon awal. Nak nanti gaji bulan depan tu, nangissssss.

Dah dua hari badan sakit-sakit. Kejang sini kejung sana. Gitu lah bila tua-tua peknen ni. haha. Muka pon habis comot dibuatnya. Kering kelupas, bercapuk berkerak rasanya. Hodoh sangat aihhhhh rupanya. Mood nak bercomel-comel memang hilang habis. Main sauk pakai je mana ada, tudung hat paling mudah dipakai, mecin tak mecin belakang kira.

Wednesday, 17 July 2013

Hantar lah lagi...takpa.


.."kecik tapak tangan, nyiru kawe tadahkan"...
 
Tertarik baca entry Kak Jee yang pasal "tak payahlah hantar kuih, malas nak balas".

Korang pernah terkena gitu dak? Samada as tukang bagi or tukang terima, rasanya masing2 ada dilemanya kan. Yang tukang beri dari niat asal nak berkongsi rezeki, mungkin timbul gak perasaan cuak kot lah jiran tak suka cara dan masakan kita tu. Tambah2 kalau nak bagi kat jiran yang memang dah terer masak itu ini, lagi cuak lebih. haha.

Tapi selalunya ended up, niat nak berkongsi rezeki itu mengatasi segala. Rasa seronok bila dapat memberi sesuatu dengan ikhlas tanpa harap kan apa-apa balasan.

Kalau dulu makanan di isi dalam pinggan elok untuk di hantar ke rumah jiran. La ni rasanya ramai yang selesa guna bekas plastik pakai-buang yang biasa saja. Bila guna pinggan tu memang rasa ralat selagi nampak pinggan jiran dok parking dalam gobok kita. haha. Cuba nak cecepat hantar balik takut tuan nya memerlukan. Kalau bekas plastik biasa tu tak ralat sangat nak simpan, kadang tak tahu mana satu orang punya sebab sama je bentuk dan rupanya. haha.

So far duduk di kejiranan rumah kawe tu, budaya berkongsi rezeki ini masih di amal kan jugak. Tidak selalu, tapi sesekali tu wajib ada. Tanda ingatan. Buah tangan nya pon pelbagai. Dari makanan hingga barangan, ada je yang mahu dikongsi bersama.

Ni tengah dok tulis entry ni, teringat juadah jiran hantar kelmarin. Belum berbalas lagi tuuuuu. Ada 5 bekas sekali hantar. Hambikkk. Menu yang dihantarnya SOTO. Sebekas isi kuah, sebekas isi begedil, sebekas isi nasi impit, sebekas isi su'un/tauge, sebekas isi ayam carik. Nasib lah sambal kicap nya ditaruk dalam supik kecik.

So, petang ni berbuka gapo pulok kito?

Semalam buat mee goreng. Tumbuk air lada* wat gu. Nyakuk wehhhhh. Mee ada belen sikit lagi, buat mee kari pon syok gak kan. Taruk kerang banyak2.




*Air lada = Cili padi ditumbuk bersama garam sampai lumat. Pahtu boh gula sikit dan cuka.

Biadap!!!



KEBIADABAN ALVIN & VIVIAN

Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu?

Pasangan ini, sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya umat Islam di Malaysia apabila memuat naik sekeping gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh … wangi, enak dan menyelerakan” di akaun laman Facebook milik mereka.

Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan ini dilihat tidak sensitif dengan tindakan mereka sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.

Tidak cukup dengan itu, pada gambar tersebut, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu :

“Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini
Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri”

Selain itu mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Ekoran penyiaran gambar itu yang dikongsi oleh ramai pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan dan mengkritik tindakan mereka.

Rata-ratanya mahukan tindakan sewajarnya dikenakan keatas pasangan yang dilihat sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi yang mengundang kemarahan ramai di negara ini. Pihak berkuasa kena siasat secara serius, kenapa mereka berani hina dan cerca agama Islam menerusi laman-laman sosial, apa motif mereka dan siapa sebenarnya dalang disebalik perbuatan biadab itu.

Apa kata anda?
 
 

 

Tuesday, 16 July 2013

Ramadan - Day 7


Masuk minggu kedua puasa, alamatnya makin peluh la tiak kak ton kat opis ni.
Ni pon baru siap kan mana patut. Dari pagi dok mengadap sampai petang ni rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. Bertabah lah.

So, berbuka dengan apa petang ini di hari ke-7 puasa? Penat2 gini syok gak kalau tak payah masak. Terjah Pasar Ramadan (Param) cari mana patut...kalau dapat jumpa menu camni, nikmatnya la hai...perut muda cicoh air asam!!!


Kalau dah terjah Param, poket kena kilas elok2 jangan sampai terlebih belanja. Semua nampak sedap di mata. haha.


Sayangnyaaaaa.....huhu.

Petang ni ingat nak masak mee kot for berbuka. Mee goreng ka. Mee bandung ka.

Monday, 15 July 2013

Purse yang comel...


...dari Mama Rocky.

Renteten dari entry INI , maka ini dia seperti dijanjikan. Rasa ralat selagi tak tertunai janji nan satu ni. Hadiah julung2 kali diterima as BLOGGER katanya, terpahat kukuh di sanubari. Wajib kena kompang lebih. hehe.



Thank you again dear for the lovely gift. Berebut dengan anak2 dara pakat nak rembat jadi hak masing2. Candy color for them.

Mama Rocky ada organised KELAS KHAT yer. Belajar jawi dgn seni khat for anak2. Pakkal la jauh dari rumah. If not, boleh hantar anak2 join the class. My Aisyah memang suka dgn bahasa Jawi, dah lancar baca jawi at age 7 and tulisan nya jugak boleh tahan. Sure tambah seronok kalau dia dapat masuk kelas khat ni.


Ramadan - Day 6


Let's keep finding solace...


Bertemankan Quran peberet, pemberian arwah Tok Ayah pada tahun 1992. Masih elok walau sedikit lusuh luaran nya di usia 21 tahun. Al Fatihah untuk Arwah Tok Ayah Mat Kg. Lampu, tukang ubat api tersohor di Kuala Besut ketika itu.

 
 

Ya Allah...ku mohon moga terus diberi kekuatan untuk terus istiqamah mencari sebanyak mungkin syafaat-Mu di bulan mulia ini.




Friday, 12 July 2013

Auni Madihah...


Bulan 10 nanti genap umurnya 4 tahun. InsyaAllah Mama hadiahkan baby for Auni yer nanti. hehe.
Marah betul kalau orang cakap dia dah besar. Soheh di sangkalnya "Auni kecik lagi laaaaa..." yer lah, body je kecik nak oiiiiii.

Suka makan mihun sup, ratah milo kosong dan air oren Sunquick. Air oren tu kena bancuh cukup sejuk dan masam manis nya. Kadang nak ngelat belikan dia kordial senang nak bancuh. Takmo dia. Tak sedap katanya. Memilihhhhhhh.

 



 

Since install Unifi dulu, hobinya berjaga tetengah malam layan tab cap ayam. Malam gitu je lah pon dia nak melayan tab, siang hari tak mandang pulak. Layan TV lagi syok with kakak2nya kot. Malam hari, kakak2 suma tido awal dek penat sekolah, tinggal dia sorang masih buntang mata.


Peberet dia cenel about 'playdough' or 'making food fun easy'...tu dia, kemain pjg tajuknya ntah nak describe tak tau ler. Contohnya macam hat gini.





Hat "Oekakigumirando' tu paling dia suka tengok. Kawe pon ralit bila kadang tu tumpang tengok.

Saya Puasa. Saya Hamil. Saya OK.


Tajuk ala eksen, macam nak minta pelempang. kihkih.



(Btw, RAJIN SUNGGUH Kak Ton update blog ni kannnnn...)

Alhamdulillah, so far I am enjoying my puasa and my pregnancy. Maybe rasa mengantuk yang lebih dari rasa lapar. Nikmat gak tu. Menguap patplohpat kali sampai 'lenguh keng'* orang kampung kawe cakap.

At least, pengalaman puasa kali ni tak sehebat masa mengandungkan si AUNI tahun 2009. Masa Auni dulu, bulan puasa disambut dalam keadaan sarat berbadan dua. Dua minggu lepas sambut Raya, kawe bersalinkan mek tu. Bersalin awal. Semangat dok usung perut boyot balik kampung redah jem, Allah je tahu how suffer my body nak menyampai Gua Musang berbelas jam lamanya. Dah la masa tu ada kes terlibat dengan eksiden kat Bentong, betul2 mencabar emosi makyong. Lepas raya pulak sempat lagi kulu-kilir ber'open-house' rumah kawan2.

* lenguh keng = Lenguh adalah ala2 kejang dan keng adalah rahang mulut. Kejang rahang mulut.

Jum semak tips berpuasa bagi ibu hamil.

Rujukan : Dr Zubaidi

BERPUASA KETIKA HAMIL

• pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

• pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.

• elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

• pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.

• minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan.

======
hubungi doktor anda jika:
======

• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.

• anda loya atau mula muntah.

• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.

• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.

• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.

• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Thursday, 11 July 2013

Hok sohor di kelate...


...bila tiba bulan Puasa.


AIR TUAK!!!

Siap kena booking dengan tokey jika berhajat sangat. Tunggu bawah pokok kelapa, tukang sadat bawa turun 'tukil' kena siap sedia nak tadah. Dulu tukil tu buat daripada BULUH, la ni guna bekas plastik mana ada saja. Jimat kos kot. Buluh lagi mahal la ni. hehe.

Sangat enak diminum sejuk-sejuk. Tak boleh disimpan lama2 takut jadi masam jatuh haram pulak nak minum. Tapi katanya kalau di simpan betul2 lama, air tuak ni akan menjadi CUKA yang sangat sedap dan boleh diguna untuk masakan pulak.

errrr...untuk rekod, kawe tak penah minum air tuak. Dengar saja orang dok cakap sedap. My Cik Abe pon jika balik kampung, benda ni lah dia cari dulu tak kira musim.

Kawe cuma suka kuih ni...pantang nampak.



AKOK KEDUT!!!

Petang ni kena cari nampak gayanya. Hopefully dapat jumpa hat bagus punya kedut. haha.

Wednesday, 10 July 2013

Menu Berbuka Pertama...


Alang-alang dah ada entry pasal Sahur Pertama, maka meh la buat entry pasal Berbuka Pertama pulakkkkk....(nampak beno tadak bahan ko yer...)

Dah petang2 gini, macam2 ilusi optik timbul depan mata. Bertabah lah. kihkih.


So, masak apa adik kakak blako petang ni? atau, menu gapo nak makan berbuka nanti?

Musim bulan puasa ni, opis kawe dapat balik awal jam 4.30 petang. Boleh balik awal pon macam takda makna sangat. Kena hala terus ambil anak2 kat sekolah, jam 5.30 ptg baru depa balik. Pung pang pung pang, jam 6 ptg gak baru sampai rumah. Masih ada banyak masa ikutkan nak sediakan juadah berbuka mana patut, mana rajin. Malas masak, terjah saja Pasar Ramadan. haha.

Petang ni InsyaAllah buat sup tulang saja kot. Sambal kicap wajib ada baru nyakuk.


Ramadan - Day 1...


(Tajuk tu macam lah lepas ni nak update entry Ramadan dari Day 1 hingga Day 30...)

Assalamualaikum,

Pagi tadi sampai opis jam 8 pagi. Awal 10 minit dari biasa. Tadak beza sangat pon takat 10 minit tu kot. Cuma tadi bila sekilas tengok jam, ehhhhh BARU pukul 10.30 ka? rasa macam dah lamaaaa dah sampai opis.

Alhamdulillah sahur tadi dapat pujuk anak-anak makan. Walau kena bersuap, tak apa lah asal nak makan. Buat lauk daging masak halia, telur mata curah kicap bodo2, dan gelama masam. Pecah selera kami laki bini makan habis gak nasi sepinggan. haha.

Untuk Aisyah, puasa kali ini InsyaAllah semua ok for her. Dah biasa puasa di musim persekolahan tahun lepas. Ainaa saja lah kena semangat lebih. Pertama kali berpuasa untuk musim persekolahan penuh. Harap dapat bertahan minah ni.



Tuesday, 9 July 2013

Menu sahur pertama..


Tu dia...belum apa2, dah cite pasal makannnnn. Haih laaaaa manusia. Haha.



Alhamdulillah, dah soheh kita sambut puasa esok. Walau dah terang bersuluh tercatat dalam kalendar, tetaplah suka nak tengok pengumuman begini dalam TV kan?


Kalau dulu, anak banak pakat dok kerumun depan TV, diam tak berkutik menanti penuh saspen tiap butir bicaranya hingga akhir.  Bila tau je bila stat puasa, terus geger-riuhhhh macam2 reaksi. La ni pengumuman memang selalu tepat dan sama dengan kalendar.

Dulu, salu gak berlaku kejadian SURPRISE. Dok sangka lusanya puasa, alih2 esok dah puasa. Maka pakat tergesa2 lah semua ke Masjid untuk terawih malam pertama selepas pengumuman tersebut. La ni tak payah dah dengar pengumuman dulu, awal2 dah tau bila malam pertama Terawih maka boleh lah terus siap sedia ke masjid awal2.

So, what's for menu sahur pertama salunya yang menjadi pilihan?...

Petang ini nak terjah pasar malam area rumah. Nak cari daging dan tulang rusuk jika ada. 

My pregnancy this week - 15 weeks...


Pejam celik, dah 15 minggu dah usia kandungan ni. Alhamdulillah. Dan baru kini nak meng'hapdate' pasal my pregnancy after second trimester, bertuahhhh.


Masa minggu ke 12 dah selamat pergi daftar check-up kat satu klinik ni. Klinik doktor lama masa mengandungkan Aisyah dan Ainaa dulu. Senang nak terjah cilok during opis hour sebab kliniknya dekat dengan opis, dekat jua dengan rumah.

Masuk second trimester ni, alahan pon dah makin hilang juga. Syukur sangat2. Alahan stendet biasa2 saja, normal orang kata. Takat melepek mual, loya, pening, alahan bau itu ini.

Walau alahan tu maybe tidak lah sehebat ibu yang lain, tapi tetaplah terasa serba tak selesa untuk mengharungi nya. My Cik Abe paling terkesan melayan my alahan ni kot. Dengan penyakit MALAS yang bermaharajalela. Bertabah lah semua orang dalam rumah tengok rumah bersepah, kain baju tak berlipat bertimbun2, dapur jarang berasap.

TAPI.....Makan tetap ada selera, hebat. Haha.

Kegemaran since peknen, suka sangat2 makan lauk berkuah lemak. Suka tu takda lah sampai nak makan hari2 tapi at least seminggu tu soheh mai rasa nak mkn sungguh2 lauk gini. Tak kira masak gulai kari, gulai masak lemak cili padi, gulai tempoyak. Kuahnya mesti pekat dan banjirrrrrr dalam pinggan. Wallahhhh.

Penah satu ketika, order dengan Cik Abe nak makan nasi berlauk gulai ayam kat gerai sekian2. Takmo gerai lain. Gulainya nak banyak ada keropeh* ayam sikit2, ayamnya lak nak bahagian peha yang isinya ala2 hampir terlerai empuk gitu.  Masa order tu memang dah siap terbayang2 terasa2 gitu kat mulut sampai kecur air liur. Oh my, tak penah2 la kawe order spesifik gitu. Tapi tetap kira OK lah kan tadak nak mengidam makan pelik2 or yang payah nak cari ke apa.

Pernah gak sampai merajuk nangis tersedu2 dalam bilik berkatup rapat semata Cik Abe goreng ketam sampai 'busuk' satu rumah. huhu. Tak tahu kenapa alahan betul dengan bau ketam goreng ni.

Now, dah ok banyak. Alhamdulillah.

Tapi ketam tetap di haramkan masak kat dapur tu. haha. Kesian Cik Abe. Hobi dia memukat ketam, bila dapat hasil takleh makan lah pulak. Nak curi2 masak pon dah serik kawan tu takut bini nangis merajuk lagi. kihkih.

Anak-anak pon sangat memahami keadaan Mama sehingga tempoh ini. Lagi tak sabar dorang asyik tanya bila perut Mama nak besar macam belon. Karang dah jadi belon, jangan korang terkejut pelik tengoknya sudah lah nakkkkk.

*keropeh ayam = bahagian2 ayam seperti kaki, hati, pedal, leher.

Monday, 8 July 2013

Tsunami Emas...


Emas oh emas...makin jatuh harga kamu yer.

Katanya kejatuhan paling teruk kali ini boleh dikatakan sebagai tsunami bagi pelabur, pedagang dan peruncit-peruncit emas. Nasib lah aku bukan salah satu dari golongan tersebut. huhu.

Tapi as pencinta barang kemas veteren (apakah?...), tsunami ini adalah sangat best untuk mengintai menambah koleksi yang ada. kihkih. Tambah2 menjelang RAYA ni kan, boleh lah pakat menambah koleksi masing2.

Namun perlu ingat jugak. Walau harga emas dikatakan murah, belum tentu dapat harga tersebut kot. Selalunya tokey2 kedai emas ni bila harga emas rendah, depa pakat naik kan kos upah pulak, ada yang naik sampai 100% pon ada untuk minimised kerugian mereka. So, elok pastikan kalau nak beli tu, beli lah di kedai yang kita dah biasa berurusan supaya urusniaganya lebih telus gitu.



Ahlan Wasahlan Ramadan


Salam Ramadan yang bakal tiba Rabu nanti, InsyaAllah.

Anak2 pon dah tak sabar tu pakat menghitung hari bila nak puasa. Hari2 dok update Mama dorang ni bila nak puasa. Pastu sibuk dok tanya Mama dah buat itu, buat ini kah. Apa, apa, apaaaaaaa...buat apa nak?..tetiba blur gitu. Maybe tengok mood Mama asyik laa MALAS je lately, risau la jugak depa kot. haha.

Yer lah...mood memang malas je sokmo. Kalau boleh nak melepek berlingkauuu je kijo nya, nikmat sungguh. Tapi apa boleh buat, hidup harus diterus kan. Ececehh.

Mood Ramadan harus di seri kan seadanya. Biar kehadiran dan sepanjang bulan yang penuh barakah ini dilihat sangat istimewa oleh seisi rumah. Kalau kita kekecik dulu, di imarahkan bulan Ramadhan oleh mak ayah kita. Now, giliran kita pulak mengimarahkannya dengan anak2. Life is circle.

Kalau dulu seminggu dua sebelum tiba Ramadhan, Mek dah sibuk mengemas rumah lebih dari biasa. Kain telekung solat kami yang baru akan dikeluarkan untuk diguna sepanjang bulan puasa nanti. Di basuh wangi2 dan di taruk nila biar berseri.

Kemuncaknya, persiapan di dapur pulak. Sehari sebelum puasa, biasanya sibuk lah merencana menu pertama untuk sahur dan berbuka. Masa tu merasalah kami adik beradik pakat berkejaran menangkap ayam atau itik serati keliling rumah untuk dijadikan hidangan tersebut. Gulai ayam, gulai itik serati dan sup tulang adalah antara menu istimewa awal Puasa kami. Bubur lambuk jugak.

"Mama dah beli kurma?..." Tanya Aisyah. Buat anak sebaya dia, kurma memang sinonim dgn bulan puasa je lah kot. Ainaa pulak sibuk suruh belikan stok air Soya, air peberet dia time bulan puasa. Makan minum je lah yang diingat nya kamu yer.

InsyaAllah, moga Ramadan kami tahun ini lebih diberkati, moga dapat menambahbaik amalan kami sepanjang Ramadan nanti.