Friday 13 November 2015

Hello weekend...I love you.


Dah nak hujung tahun begini, mood asyik la mandom. Dengan sekolah yang kerap cuti menjelang cuti sekolah yang bebetul bermula 23/11 ni. Dengan cuaca yang asyik lah hujan saja pepetang. Beban kijo ja tak ikut mandom. Makin nak hujung tahun makin berganda kijo nak kena hadap dan beres kan.

Pahtu dengan nak hadap hal sekolah anak2. Tahun depan Aisyah & Ainaa kami masuk kan ke KAFA balik, after 3 tahun ke kelas TAHSIN. Ikutkan sama ja TAHSIN dan KAFA ni, tapi since Aisyah dah darjah 5 nanti kami fikir elok terus daftar KAFA untuk exam UPKK nya nanti. Alang2 keluarkan Aisyah tu, terus lah tukar skali untuk Ainaa dan daftar untuk Auni. Tu lah, dok mencari dan membanding semua pilihan yang ada, boleh tahan pening jugak nak cari yang sesuai dengan jadual dan bajet kami. Almaklum tahun depan dah 3 orang bersekolah. Kos transport, kos transit dan kos yuran semua nak ambil kira. Minggu ni Alhamdulillah dapat gak solution dan selamat hantar borang ke KAFA di Masjid Proton dedekat sekolah kebangsaan depa. Lega se bab.

Bulan ni memang kalut sikit jadual hujung minggu kami. Auni dengan tadika nya ada Hari Konvo, pahtu 21/11 ni ada Orientasi Tahun 1 pulak dia. Aisyah & Ainaa dengan persembahan ihtifal kelas tahsin nya esok kat Masjid Bukit Jelutong. Hujung bulan ni balik kampung untuk kenduri adik lelaki, majlis sambut menantu. Duit pon mengalir macam air sungai musim hujan ni - laju dan keruhhhhh ja manjang. hehe.

Dengan persiapan anak nak naik sekolah pulak nak kena hadap. Duit oh duit. Hah, sebut duit, bulan ni juga stat buat projek sikit. Projek menyusahkan diri namanya. haha. Tapi InsyaAllah hasilnya berbaloi, untuk aku lah setakat ni. Alhamdulillah. Dah lama gak aku pencen buat projek2, dulu dok nak mencari property tak dapat2. Dengan asyik la mengandung ja kan dalam masa 3 tahun ni. Umur pon bukan muda lagi ni, semua nak kejar nak buat kalau boleh. Tapi kali ni dah tak buat property, susah nak dapat property ikut bajet aku dah. huhu. Hope projek ni lulus dengan cemerlang lah sebelum tahun ni berakhir. Aminnnnn. 

Tomorrow is cuti, dan aku macam biasa sangat lah seronok bila tak perlu mai opis. Walau hakikat nya duduk rumah lagi penat sebenar nya dengan never ending housecores. Tapi bahagia sangat, maybe tak perlu bersiap keluar pepagi, dan yang penting dapat lebih masa melayani anak2.


Supermom lah sangat

Minggu ni sepatutnya projek upgrading bilik anak2. Hopefully menjadi lah projek ni. Dah baper minggu asyik la tertangguh. Serabut dah aku tengok bilik bebudak ni. Sekolah pon dan nak cuti, buku2 sekolah dah boleh sort out mana nak simpan mana nk buang.

Suka sangat tampal macam2 kat dinding




No comments:

Post a Comment