Monday 9 November 2015

Sibling Meet Up


Kejadian nya malam minggu semalam. Seronok dan meriah sungguh lah dapat berkumpul adik beradik pergi makan2 kat kedai Stimbot. Adik beradik semua ada 5 orang yang tinggal sini. Tinggal si bongsu saja kat kampung peneman orang tua kami.

Yang paling seronok anak2 lah, dapat main masak2 katanya. Baloi2 makan buffet gini kalau pandai makan tu.


Kedai ni namanya BIGSPOON STEAMBOAT & GRILL kat area Subang Bestari nun, dekat dengan rumah my kakak. Untuk dewasa RM 23.90 sorang, kanak2 (umur 6-12thn) RM 12. Bawah 6 tahun FREE.
Warga emas RM18.

Selection food dia boleh tahan banyak, dan sedap2 semuanya. Daging grill dia terbaik sungguh. Pilihan sos pon banyak, siap ada cicah sos korea - bulgogi. Kemain seronok Aisyah Ainaa, dan2 fefelin makan korean food. Sabo je lah. Budak2 ni hantu Running Man.

Boleh cek FB dorang untuk lebih details - fb BigSpoon Steamboat & Grill.



Minggu ni sekolah cuti panjang sempena Depavali. Jumaat baru sekolah balik. Alang2 kenapa lah tak cuti kan terus seminggu ni. hehe. Tahun ni macam banyak ja cuti sekolah. Maybe sebab cuti jerebu hari tu.


No comments:

Post a Comment