Thursday 5 November 2015

Patin temerloh masak asam tempoyak


Hujung bulan 09/2015 yang lepas, sempat berkampung dua hari di pekan Temerloh sempena pernikahan adik lelaki kami. Temerloh memang terkenal dengan Patin nya lah kan.     

Kami sewa homestay sekitar pekan Temerloh. Seronok main masak2 bila dah kumpul ramai2 tu. Kami pergi beli patin sangkar kat tebing sungai Pahang. Cakap je nak beli, baru tuan patin pergi 'kaut' patin dalam sangkar kat sungai belakang gerai. Tengah menggelitik lagi ikan nya masa kena potong, siang. Suka betul tengok. Dah siap potong pon masih gerak2 lagi ikan nya.

Ikan tu nanti basuh bersih2 buang semua darah yang melekat. 

Segar ikan nya. Tengok isi nya.
Kat gerai ikan tu ada dijual jugak tempoyak dan daun kesum. Senang lah kami tak perlu susah2 cari bahan utama nak masak patin tempoyak.

Si tukang masak kami adalah my kakak no. 2 yang memang pakar masak. Husband nya pon org Kuala Lipis, Pahang. Memang kira pandai lah masak menu ni banding kami tekak kelate suma. 

Simple ja bahan dan cara masak nya. Sukatan nya main agak2 je lah, ikut banyak mana ikan nya. Kakak cakap kalau sekor dua ikan tu guna lah tempoyak dalam 1,2 senduk. Cilipadi dalam 10 biji, tengok lah tahap kepedasan mana yang suka. Kunyit Hidup 2 ketui besar ibu jari kaki. Asam keping 2 keping. Kalau tempoyak dah sedia masam, kurang kan atau tak perlu dah asam keping, sukati lah katanya. Resepi suma main agak2, main campak2 ja. Nasib la kan. haha. Tempoyak tu kalau dapat tempoyak baru lagi sedap aroma nya. Yang penting tempoyak ni kena blend or kacau campur dengan air dulu biar sebati jangan berketul2, baru tuang dalam periuk.

Bahan2

Ikan patin
Tempoyak
Kunyit hidup
Cilipadi
Daun kesum
Asam keping.
garam, gula
pak aji kalau suka

Cara2 - Blend kan bersama cilipadi, kunyit hidup dan tempoyak dengan sedikit air. Masuk kan dalam periuk kemudian tambah air biar sedang elok pekat nya, jangan pekat sangat jangan cair sangat. Jerang kuah dengan api perlahan, bila dah mendidih baru masuk kan ikan patin dan daun kesum. Perasakan cukup rasa. Renih lagi sampai rasa semua sebati. Jangan kacau selalu takut ikan hancur.

tips, Guna api perlahan, baru rasa cili dan kunyit tu masak dan naik aroma nya.



Dua periuk kami masak masa kat homestay tu.


Sedap nya hai hirup kuah tu.

Kat Shah Alam ada kedai patin temerloh yang sedap. Nama nya Temerloh Catering kat Kompleks Dataran Otomobil Seksyen 15. Memang sedap menu ikan patin masak asam tempoyak nya. Tak payah dah nak pergi Temerloh sana nak merasai masakan ni sebab tukang masak nya pon memang konpem orang sana.

Memang banyak je kan kedai patin temerloh sekitar KL ni yang jadi sebutan. Paling glemer katanya Go Bang Maju. Tapi menurut isteri adik, kedai tu tak pemes pon di kalangan penduduk tempatan sebab rasanya tak sesedap mana menurut piawaian tekak orang tempatan. Selera masing2 lah kan.

Adik ipar baru kami rumahnya dekat sungai Pahang ni jugak. Resepi mak nya pon sedap, lain sikit bahan2 katanya. Nanti kita korek rahsia resepi nya kita share sini. hehe. Masa rombongan meminang dulu, hidangan patin tempoyak ni menjadi hidangan utama. Aduhai, bertambah2 kami makan sampai naik segan dengan tuan rumah.

2 comments: