Pagi ni rindu sarat pada seorang insan ini - GHANI BIN SULAIMAN.
My father or 'ayoh' panggilannya bg kami adik beradik, genap usianya 62 tahun on last June. Ayoh lahir pada tahun 1949, zaman sebelum MERDEKA. Masa tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ayoh sedang meniti usia kanak2nya sebaya dgn anak2 aku la ni, 5-6 tahun. Dah pasti zaman yg di lalui oleh anak2 aku tak sama dgn zaman kanak2 ayoh dulu.
Kenapa boleh RINDU pd insan ini??
Mlm td berkesempatan kol org tua kat kg. Seperti biasa, hanya Mek yg 'sudi' berbicara, Ayoh hanya menyampuk di belakang saja bertanya khabar anak cucunya. Bila Mek bagi gagang telefon pd Ayoh, cecepat Ayoh serah balik pd Mek, tak reti nk ckp apa katanya. Hamboihh, kat belakang td kemain riuh lg suaranya suruh Mek bertanya itu ini pd aku. Haha.
Ayoh ni karakternya amat pendiam. Di mata kami Ayoh bukan insan yg garang sgt pon, Mek lagi garang. hehe. Tapi sesekali Ayoh buka mulut, mmg gerun kami dibuatnya. Sepanjang usia aku hanya bila usia dh menginjak dewasa dan sudah beranak pinak ni, baru lah Ayoh boleh menjadi teman bicara. Most of time, bicara kami adik badik lebih byk dgn Mek. Ayoh cuma pendengar setia. Tapi aku tau, kasih sayangnya tak bertepi utk kami semua.
Ayoh masa zaman muda2 penah merantau ke Singapura utk menyara kami. Masa tu katanya memang NORMAL warga muda merantau bekerja ke Singapura. Sesekali Ayoh balik kg, kemain sonot kami menjamu selera dgn buah epal & buah pir. Seakan masih terhidu bau wangi epal, pir buah tangan Ayoh. Paling best Ayoh bawak balik kaset BONEY M, waaahh bergema rumah nenek di pasang lagu BONEY M. Masa tu gaya Ayoh pon dh rupa BONEY M sudah, rambut kembang suar kembang. Ada gambarnya, nnti ku tepek bila berkesempatan.
Ayoh penat sebat aku semata anak sorangnya ini RAJIN sgt pergi sekolah. Huhu. Ingat lg masa tu musim tengkujuh, hujan lebat saban hari menjadikan jalan utama dr kampung kami ke sekolah menjadi umpama sawah bendang. Tapi aku degil jugak mahu ke sekolah. Memberontak merengek smpai Mek naik pusing mendengarnya barangkali, dipaksa Ayoh menuruti kehendak aku, si anak bongsunya pada waktu itu. Ayoh gagahi jua hantar aku ke sekolah dgn motosikal Honda 70 nya yg telah separuh abad usianya. Betapa susah Ayoh nak kawal motor buruknya dr tergelincir di jalan yg licin. Separuh jalan, lencun baju kami berdua dgn air hujan dan lumpur jalan berwarna kuning pekat. Satu ketika Ayoh berhenti di tepi jalan, tak semena2 mencapai ranting pokok senduduk dan terus di sebat nya aku. Dan Ayoh tunda motornya patah balik!! Apa lagi, melolong teriak lah aku sepanjang jalan pulang tu.
Mungkin sebab ini lah Ayoh jadi segan mahu hantar aku ke menara gading masa hari pertama pendaftaran ku. Di serahkan pada Mek untuk urus segala. Namun aku tau, doa dia tak pernah putus utk aku, anak nya yg PALING SUKA PERGI SEKOLAH ni. hehe.
Ku kira BERBALOI pengorbanan Ayoh selama ni utk aku. Sekurangnya aku adalah anaknya yang berjaya di mata dia pada hari ini, anak yg paling dia bergantung harap utk jaga keluarga selain dia. Dan paling bermakna, aku telah berjaya hadiah dia seorang MENANTU yg boleh di jadikan kawan baik dia, teman bicara dia bila sesekali kami pulang ke kampung. Sekurang nya Ayoh bukan lagi setakat pendengar setia, Ayoh sudah ada KAWAN borak iaitu suami ku sendiri. Hehe. Oh ya, depa berdua ni sesama pendiam karekter nya. Bertemu buku dgn ruas barangkali.
Kini, di penghujung usia Ayoh mungkin tiada apa lagi Ayoh mahu kan. Dikelilingi anak menantu dan cucu seramai 15 org. Tiap kali semua anak menantu balik kg, Ayoh lebih selesa menjadi insan belakang tabir. Tak betah utk duduk berpeluk tubuh saja di atas ibu rumah, Ayoh akan lebih gembira dapat sinsing kain pelekat buat 'kenduri kecil' utk anak cucunya.
" Ayoh oh Ayoh. Timo kasih ba-nyok lah selamo ni jago Ina. Ina sayey ko ayoh sgt2. Mugo Ina di muroh key rezeki sokmo nok tulun kuargo kito, Ina doa mugo Ayoh panjey umur sempat antar Ayoh g Mekoh dehhh.."
No comments:
Post a Comment