Friday 4 November 2011

Freaky Friday, Again.

Salam Hari Jumaat yg penuh Barakah. Pagi ni mai opis dalam hujan renyai2, sesekali melebat di sepanjang perjalanan.

Sebelum sampai opis, sempat singgah gerai mencari alas perut. Ini kira persinggahan ke-2 aku selepas pagi semalam. Semalam aku beli nasik lemak lauk sambal tumis ikan tongkol - sedap. So kasi ripit lah pagi ni, dah tau sedap kan? Ada pulak nasi kerabu, terus order GU dgn lauk daging goreng. Penjual nya aku agak org negeri aku gak.

Then beli kuih sket. Aku tanya harga kuih sebijik, depa kata 40 sen kalau amik bla bla bla..Aku tak fokus apa dia sebut dh lepas dengar harga tu sebab ralit dok pilih kuih berkenan di mulut. Stendet salu kuih2 ni org jual 3 biji seringgit kan?...tp la ni aku tahu jarang dh nk dpt camtu lg, suma dh rega 40 sen sebijik...so tadi aku amik kuih bom 1 biji, kuih seri muka 2 ketul dan kuih talam keladi 1 ketul. My peberet semua tuh.

Time nk bayar, makcik penjual tu ckp "amik lah 5 bijik dikkk, DAPAT RM2.." laki dia pon sama naik dok pujuk aku amik 5 bijik...aku mcm BLUR jap. Naper pulak kena amik 5 bijik? aku nk mkn 4 bijik je...and mmg la kalau amik 5 bijik jadi rm2 sbb dh tentu ko jual kuih rega 40 sen sebijik kan??...isks..kalau dulu aku mmg suka beli kuih 3 bijik = seringgit even aku cuma nk mkn or berkenan 1 or 2 biji kuih je pon, sbb rasa baloi nk tambah jd 3 biji sbb ada diskaun sket kan?...ni apa ke hal nk tambah beli with SAME PRICE??? aku lg prefer dia ckp "amik lah 5 bijik dikk, GENAP kan jd RM2, senang makcik nk kira, makcik pon tadak duit tukar kecik ni..."

Last2 aku ckp elok2 "ye saya tau makcik, kuih ni kan rega 40 sen sebijik, amik 5 bijik mmg lah jd RM2...tp takpa lah..cukup lah 4 biji ni, amik byk karang takut tak abih, bazir pulak..."

Pahtu, nk jd cite lg...total aku beli td (nasi kerabu + kuih) = rm3.50 + rm1.60 = rm5.10 la kan?...depa boleh kata rm6.10...aku BLUR lg...aku yg bengap pala otak ke pepagi ni? I am finance people ok, dont play-play figure with me...hahaha...tp depa ketegaq dok kata rm6.10...tetiba aku jd SEDIH dediam...sedih nasib peniaga MELAYU (org kg aku pulak tu) yg salu lemah congak. Malas nk bertekak, takmo spoil mood pepagi. Aku bayor gak rm6.10, anggap je ni SEDEKAH aku di pagi Jumaat utk depa. Masa aku terkial2 cari duit syiling 10 sen nk tambah tu, makcik tu tetiba ckp "Takpalah dikk, bayar rm6 je, makcik SEDEKAH 10 sen tu.."

Siapa sedekah siapa benornya nih?...hehe...oh Melayu ku. Saudara Islam ku.

Mcm BEST je kan bunyi ayat SEDEKAH dia tu, walhal awal2 dia dah SALAH KIRA jumlah aku beli tu. Sedih pon yer gak masa aku dengar ayat SEDEKAH dia tu. Haha. Dia SEDEKAH kat aku 10 sen tu pon lepas dia nampak aku TERKIAL2 nak cari duit syiling 10 sen. Maybe dia kesian tengok aku smpai kena korek2 beg cari syiling. Haha..aku senyum je lah sambil hulur dia syiling 10 sen. Aku ni pulak beriya cari syiling 10 sen sbb nk SENANG kan dia takyah bagi duit baki syiling kat aku.

mmmm...kalau nk sedekah tu kasi je awal2 masa kira tu ckp je rm6 genap, 10 sen tu kasi cincai...salu kalau peniaga yg baik, takat 10 sen gitu depa suka genapkan je kan? senang for them gak sbb takyah bg baki syiling yg sgt bernilai bg peniaga tu.


Gambar Hiasan penyejuk hati (naper aku slim benor dlm gambo nih?? isks...)


1 comment: