Friday 13 April 2012

Apartment Anggerik - Part 2

Boleh ikuti kisah awal nya di sini - PART 1

Diam tak diam, sudah 6 bulan berlalu masanya. Dan Alhamdulillah, semuanya sudah selesai jua. Ikutkan proses nya boleh dipercepatkan lagi, namun aku di fahamkan faktor pemaju yang sukar memberi kerjasama utk issue Release Letter, menjadi penyebab atas kelewatan. Sekitar bulan 2/2012 baru lah dapat surat tersebut. Kemudian, segala urusan menjadi agak cepat dari sebelum nya. Hujung bulan 03/2012 pihak bank telah release full payment. Bayaran telah di buat pada owner lama awal minggu ni. Dan semalam aku juga sudah selamat claim back any ouststanding from lawyer office.

Pakkal antara aku dan penjual rumah tu, masing2 tiada apa yang mahu di kejar dlm proses jual beli ni, segalanya kata org hanya 'follow the flow'. Barangkali sikap kami ini memberi sedikit kelebihan pada pihak lawyer kami utk lebih santai membuat kerja. hehe. Yang mana pada firasat aku, patutnya boleh je setel urusan ni lebih cepat kot!!!

Utk rekod, rumah ni dijual oleh penjual dgn harga below price purchase. Harga asal beliau beli dulu adalah RM69,900. Dan beliau jual pada aku dgn harga RM55,000 saja. Rezeki kata org. Bukan senang nak cari property yang bagus dijual dgn harga below market rate, apatah lg below price purchase!!!

OK, ini catatan as panduan aku dan mungkin boleh jadi panduan utk org lain utk membeli property sub-sale.

Awal2 urusan, aku dikehendaki bayar 10% deposit pada owner. 3% masa booking, dan baki 7% di bayar masa sign S&P. Semuanya berjumlah RM5,500.

Utk loan nya pulak, since aku dapat rumah dgn harga below market rate, maka aku UP kan harga rumah menjadi RM65,000 dalam S&P. Ikutkan aku boleh UP loan sampai RM85,000 (base on market value by Valuer Report). Since ini merupakan rumah kedua (under my name) so bank cuma luluskan loan 80%++ saja. So dapat lah loan  RM54,800 INCLUDING lawyer fee dan GMTA. Loan bersih utk rumah hanya RM52,000 saja.

Kos lawyer adalah sebanyak RM1,200 dan kos SPA duty stamp RM150. Di lunaskan bayaran nya 3 kali ansuran atas budi bicara dan kemajuan kerja lawyer.

From RM52,000 duit bank disburse pada lawyer, lawyer akan pecahkan bayaran nya pada owner lama dan aku. Owner (penjual) akan dapat BAKI harga rumah yg ASAL yg belum di bayar i.e. (RM55,000 - RM5500 deposit) = RM 49,500. So lawyer cuma issue payment sebanyak RM49,500 pada penjual. Baki duit sebanyak (RM52,000 - RM49,500) = RM 2,500 adalah milik pembeli aka aku.

Even ciput tp boleh lah menampung sedikit kos yang telah aku keluarkan. Kiranya kos yg aku keluarkan utk beli rumah ini ialah :
= Deposit 10% + Kos lawyer + kos duty stamp
= RM5500 + RM1200 + RM 150
= RM 6850

Then, bila dpt reimbursement RM2500 tu, kira kos bersih aku adalah (RM6850 - RM2500) = RM4,350.00. Masih berbaloi.

Jika kata aku UP loan sampai RM85,000 (base on market value by Valuer Report) maka boleh lah dapat reimburse kaw2, boleh cover suma kos aku keluarkan dan siap dpt duit poket lg!!! Best kan beli rumah siap dpt duit lg...hehe...

Dan perlu di ingat kos yg perlu dikeluarkan bukan habis setakat itu saja. Kos lain yg terlibat SELEPAS urusan semua selesai adalah spt :

1. Kos penukaran nama dan supply from TNB, Syabas or Majlis
2. Kos renovations (if any)

Semalam aku dah setel urusan di TNB. Prosedur2 tukar nama ni nanti aku perjelaskan dalam entry lain. InsyaAllah.

6 comments:

  1. dah ready tuk disewakan ke su ?
    ye la 2nd house x perlu nak rush sgt sampai stress² gitu ..leh santai² .

    ReplyDelete
  2. Waaahhhh...best nyer. Bai pun rasa cam nak skodeng mini studio kat area ofis ni yang murah2. Saja je nak buat tempat lepak2 time rehat/jumaat. Nanti dah settle umah Bandar Akademia, boleh le mula menabung balik. Best nyer berangaaaaaaan.....

    ReplyDelete
  3. Separate the fасts frоm flu fісtion

    Hеrе is my webpage ... philadelphia personal injury attorney
    Also visit my webpage : truck accident lawyer pennsylvania

    ReplyDelete
  4. A trademаrκ аttοrnеу is best at that very inѕtant,
    you aгe smart you will fіnd vaгіous
    statе and Colorаdo οf Colοrado became
    the firѕt eighteen months of negоtіations.


    my ωebpagе :: check my blog
    My website :: You Can Try Here

    ReplyDelete
  5. here

    My page; seo for lawyers
    Feel free to surf my web page ... leads for lawyers

    ReplyDelete
  6. Check Out Your URL

    Feel free to surf to my web page :: house in foreclosure
    Review my web site - jacksonville foreclosure attorney

    ReplyDelete