Monday 29 October 2012

Ala balik pon ikut Lojing, Cameron Highlands...


Ahad, 28/10/2012.

Pepagi lagi rumah Mek dah riuh rendah dengan suara my kakak yang tengah bersiap nak balik KL. Dok kerah anak2 nya mandi dan sarapan. Mek tengah menggoreng mihun utk sarapan kami. Atas meja dah penuh ikutkan. Ada satay, nasi impit kuah kacang. Nasi putih pon di tanak nya jugak, ada lauk daging goreng dn macam2. Aduhai Mek ni. Risau sungguh takut kami mula kan perjalanan dgn perut kosong.

My kakak, Kak Da pon ada cerita raya yg hebat kali ni. Tengah aku seronok2 nak mulakan perjalanan balik kampung tempoh hari, kak Da tepon ckp ketanya rosak di tengah2 jalan Karak hiway!!! Jalan tgh jem parok, dia pulak tak berani nak tolak keretanya ke tepi sbb jalan tgh mendaki takut kereta di tolak tak naik ke depan tapi gelongsor ke belakang!!!

Di malam raya, tengah jem teruk apa sgt la yang boleh di harap yer dak. Sejam gak depa anak beranak tersadai tepi jalan dalam hujan gerimis sebelum bantuan tiba. Itu pon sekadar mekanik jalanan yang memang tgh mencari mangsa maybe. Bantuan dari pihak konsesi lebuhraya jugak katanya. Wallahu'alam. Nasib baik jugak tidak dikelepet habisan. Gitu lah kalau benda nak jadi org kata.

My adik lelaki lak terpaksa patah balik even dah sampai Kuala Lipis sebab jalan nak ke Gua Musang terdapat halangan tanah runtuh katanya. Patah balik pusing ke Sungai Koyan, naik Cameron Highlands then ke Lojing utk ke Gua Musang. Pusing 1 pahang katanya. Haha. Terbaik lah.

Kak Da selamat bertolak balik KL pagi tu jam 7.30pg. Aku ajak dia ikut jalan Lojing dia takmo. Tak konpiden katanya sebab kereta baru baiki.

Jam 10.30 baru kami anak beranak lak bertolak. Kereta atas jalan memang toksah ckp lah, berjujuk2 tu lumrah di musim raya ni. Jem nak masuk bandar Gua Musang seawal 5km lagi dari bandar. Bertabah lah.


Maybe sebab cuti raya kali ni pendek sangat, maka 'timing' sama bagi semua orang nak travel. Aku noticed kejadian sesak teruk begini akan berlaku selang 3,4 tahun. Sesak teruk tu maksud aku jika dari KL nk nyampai Gua Musang tu ambil masa lebih 10 jam. Sebab biasanya cuma 4,5 jam or maksimum 6 jam lah. Itu baru sampai Gua Musang, pada yg stay area KB sila bertabah tambah lg 5,6 jam!!!



Even sesak, trafik masih di kira lancar. Tak sampai 10 minit kami dh masuk bandar Gua Musang. Terus ambil hala ke Cameron Highlands.

Masuk2 je jalan ke Lojing - Cameron Highland, pemandangan terus kosong, kosong, kosong...dah tadak kereta berjujuk2 di depan, belakang.





Enjoy the hutan view je lah sepanjang jalan tu. Sesekali akan melepasi perkampungan orang asli yang telah dimodenkan.





 
 

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami sampai di Cameron Highlands. Cik abe ajak singgah situ jap sementelah anak buah yang tumpang kami ari tu pon belum pernah jejak CH lg. So moh ler kita.


Kami singgah sampai area Tringkap saja, tak naik pon sampai Brinchang, tanah rata bagai tu. Jumpa jer deretan kedai area Tringkap ni terus stop kasi can anak buah cuci mata, cuci poket. Kami nk soping byk pon takleh, siang2 dah di warning dek cik abe cakap tak muat dah nk sumbat lam kereta. Sudahnya cuma beli sayur 3 jenis (RM5), jagung RM10, stoberi 3 pek RM10, dan sweet potato 1/2 kg. Jadi lah. Pahtu suma pakat layan eskrem stoberi. 

Lebih kurang sejam kami kat sini, pahtu terus sambung perjalanan turun ke Simpang Pulai. Masuk PLUS hihgway, trafik agak sesak jugak lah sampai ke Tanjung Malim. Jam 5 ptg selamat sampai ke rumah kami di Bandar Saujana Putra. Alhamdulillah.

5 comments:

  1. laluan nik bila nak balik kg.selalu gak ikut simpang pulai.

    ReplyDelete
  2. kami punya plan pulak patutnya bertolak petang lepas balik keje hari khamis tu tp ada halangan,en suami kena masuk keje shift petang,so kul 12malam (malam raya ) baru bertolak..alhamdulillah..8jam sampai kg,kuala krai je.kalau kota bharu harus tambah lagi 8jam.hehe

    balik sini hari sabtu..org tgh beraya lagi kami dah redah jalan raya so takde mslh jem..5jam je dalam keta dah sampai kl..

    ada jiran terperangkap dalam je 20jam dr kl ke kg.gila lah

    ReplyDelete
  3. Nik...haa...kalau x jem sgt PLUS tu mmg byk save time kan? tp poket la bocor byk byr tol lalu kot ni...haha..

    ReplyDelete
  4. Irfa...mmg gila kalau dh terkena jem parok gitu...K.krai dok mano Irfa?

    ReplyDelete
  5. jalan ok ker dari gua musang ke lojingg tu?

    ReplyDelete