Wednesday 13 November 2013

My Pregnancy This Week - 33 Weeks


Assalamualaikum,

Pejam celik, kandungan dah masuk 33 minggu sudah. Pejam celik tu macam kejap je bunyi nya. Tapi aku pon memang rasa kejap je peknen kali ni. Tahu2 dah sarat boyot, lagi sebulan lebih nak due kalau ikut full term. InsyaAllah. Tapi rekod aku ni salu bersalin awal, by week 36 above tu patut kena get ready, baby anytime leh keluar.

Malam tadi di serang sakit gigi lak. Rasa goyang je gigi geraham atas bawah. Sakitnya menyucuk2 sampai kejung pipi. Tetiba je sakit. Maybe kurang kalsium kot. Walau dah minum susu dan ambil pil kalsium, masih lagi kurang dos ke apa. Simptom biasa katanya, tapi nothing much boleh buat. Bertahan saja lah kot. Malam tadi dok berkumur air garam, lega sikit.

So far, result check up masih ok. Last week buat test MGTT, pon ok saja. Berat tambah lagi sekilo. Baby pon elok engage di kedudukan sepatutnya.  Jumaat ni ada appointment check up di Hospital Putrajaya pulak, Moga semua berjalan lancar. Pergi sorang2 je nanti, My Cik Abe takleh cuti nak neman driver.

Keperluan ibu dan anak pon dah hampir 80% berjaya dilangsai kan. Hopefully boleh setelkan cecepat dalam masa 2 minggu ni. Set Pantang pon belum decide lagi mahu beli yang mana satu. Dok bertimbang tara antara set NR atau pon set Shaklee yang tengah in-trend skrg ni katanya. Macam bagus je, macam ok je dengar orang cite. hehe. Pantang yang sebelum2 nya penah guna set bersalin Leesa Formula dan Sendayu Tinggi. Ok jugak, rasi dengan aku. Kali ni konon nak try yang lain pulak.

Bengkung dan tungku pon dok ingat masih ada simpan, skali nan ado. Ntah dah bagi sapa dulu. Minyak/air selusuh belum cari lagi.

Pahtu, nak kena booking tukang urut and confinement lady.  Fuhhhhh. Cam banyak je lagi ni listnya. hehe.

Ni pon sambil2 buat keperluan bersalin dan berpantang, kena gak sekali arung buat persiapan anak sekolah. Sementara tengah larat nak berjalan mencari membeli ni, kena redah suma. Hari sabtu lepas kami terjah Pasaraya Hari-hari beli mana patut. Setel part baju/kasut/tudung/stoking sekolah. Baju sekolah KAFA saja belum setel lagi.





2 comments:

  1. salam kak..semoga dipermudahkan segalanya yer! seronoklah sefamili nanti nak terima ahli baru..hihi..

    ReplyDelete
  2. Salam Mama Rocky,

    TQ for the doa. InsyaAllah, aminnnn. aminnnnn.



    ReplyDelete